tag:blogger.com,1999:blog-78412282703466409532024-03-05T23:07:35.559+08:00Pendidik A+Unknownnoreply@blogger.comBlogger49125tag:blogger.com,1999:blog-7841228270346640953.post-36237326745947972552015-08-06T07:00:00.000+08:002015-08-06T07:22:49.970+08:00Apakah elemen Subhanallah Effect?Bagaimana membina WOW?

Culture Canvas

Dalam dunia bisnes, produk yang WOW memberi pengalaman yang menggembirakan.

WOW memfokuskan kepada butiran yang bermakna dalam diri pelanggan. Setiap pelanggan adalah unik dan bukan hanya sebahagian proses yang mekanikal atau rutin.

Syarat penting untuk membina WOW ialah sedar tentang nilai yang dibawakan oleh organisasi.

Bagaimana Elemen Subhanallah Effect?

Ketika Subhanallah Effect dilaksanakan, apa yang ingin dibawakan ialah sesuatu pengalaman yang melangkaui Wow dan Eureka Effect.

Elemen ini diringkaskan dengan formula ZiTRaS - Zikir, Tafakkur, Rabbana, Subhanallah

Temui saya dalam sesi webinar Subhanallah Effect di akademisinergi.com/subhanallahwebinarUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7841228270346640953.post-65144846846959981602015-08-04T20:36:00.003+08:002015-08-04T20:46:04.311+08:00Subhanallah Effect

Subhanallah Effect

Pada akhir program, peserta akan dapat

1. Memahami konsep eureka, wow dan subhanallah effect dalam pendidikan dan latihan samada untuk diri sendiri atau pendidik
2. Mengetahui konsep umum bijak intelek dan bijak emosi untuk cemerlang berteraskan ayat Ulul Albab
3. Menjadikan aktiviti dalam kelas dan bilik latihan yang interaktif dan mampu melonjakkan kebijakan spiritual

Mengapa Subhanallah Effect?

Dalam pendidikan, melonjakkan potensi intelek (IQ) dan emosi (EQ) amat dititikberatkan. al-Quran dengan bekalan tadabbur dan tazakkur memberi kesan secara langsung kepada IQ dan EQ pendidik dan pelajar. Inilah asas menjadi golongan rabbani - yang mengajar dan belajar al-Quran. Golongan ini menjadikan Tuhan sebagai titik fokus dalam berfikir dan berperasaan - tidak diganggu dengan ekstremisme atau melampau batas. Inilah kesan dari pembelajaran dengan nama Tuhan (Iqra' Bismirabbik)

Subhanallah Effect ini berteraskan kepada ayat berikut:

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka. (3:191)

Inilah ciri ulul albab yang dibina daripada ayat ini.

Peranan pendidik ulul albab

Untuk menjadi seorang pendidik yang mampu melonjakkan intelek dan emosi pelajar, si guru perlulah dulu mempunyai kemahiran ulul albab. Ulul albab dimaknai secara ringkas sebagai seorang individu yang mampu memahami sesuatu secara benar dan 'isi bukan kulit'. Kumpulan ini dinyatakan dalam al-Quran sebagai satu kumpulan yang mulia - dengan ciri pada 16 ayat dalam al-Quran.

Isu yang berlaku kini ialah apabila ada pelajar yang tidak mampu berfikir tinggi atau halus akhlaknya. Mengapa jadi begini? Ia perlu diperhatikan kepada siapa pendidiknya.

Pengalaman seorang guru di Kedah yang berkongsi dengan saya: ketika saya memberi latihan kepada seorang guru kaedah berfikir aras tinggi (HOTS) 'anggapkan cikgu sebagai pelajar. Satu hari cikgu sakit. Apakah yang akan cikgu jawab apabila ditanya cikgu kelas "mengapa awak sakit?"

Apakah balasan guru tersebut? "Siapa yang sakit? Banyak soalanlah cikgu!"

Ini balasan seorang guru yang ingin mengajar anak-anak menjadi pemimpin masa depan. Jika ini realitinya, apakah yang boleh diharapkan daripada si anak murid apabila ditanya soalan atau diberikan cabaran?

Sudah tentu CGPA tingginya tidak mampu menyelesaikan sekecil-kecil perkara kerana kemahiran IQ dan EQ yang rendah.

Dengan spiritual, ia akan melonjakkan emosi dan intelek

Dalam hadith ada dinyatakan:

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Apa yang boleh difahami di sini? Sihatkan elemen hati yang menjadi lokasi spiritual, ia akan memberi kesan besar kepada intelek dan perasaan si guru dan si anak murid. Kalau jiwa korup dengan dunia dan nafsu, ia pasti akan mengkorupkan intelek dan emosi.

Manakah yang ingin dihasilkan?

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7841228270346640953.post-83704619613711807982014-11-10T23:17:00.001+08:002014-11-10T23:17:41.944+08:00Felo A+Felo adalah pendidik.

Apakah tujuan menjadi felo? Hamba yang menyeru ke arah kebaikan. Kepada Allah agar orang menjadi terbaik (khairu ummah) dan akan bertindak menjadi hamba ar-Rahman

Khairu ummah ada 2 syarat : percaya pada Allah (siddiq, amanah, fatanah) dan amar makruf dan nahi munkar (tabligh)

Latih anak didik menjadi hamba ar-Rahmaan: ia akan menjadikan mereka mempunyai sikap yang amat baik. Kalau nak berjaya, 7 sifat orang beriman.

Apabila sudah jelas sidiq, amanah dan fatanah dalam diri sendiri dan pelajar (shakilatih), maka ia adalah mudah untuk menyampaikan. Menyampaikan adalah apa yang sudah sedia difahami dan memabaiki kesilapan.

Apakah masalah seorang pelajar? Sukar untuk menjadi hamba. Ada cabaran dunia. Mudah takjub pada perkara yang pelik-pelik.

Komunikasi atas dasar CASIC kerana ingin bawa pelajar kepada Allah

Apakah motivasi felo?

Ingat jadi hamba

Iraadah ada kaitan dengan tidak nisyan. Baca Quran, Tadabbur dan tazakkur agar mudah untuk membina iradah yang kuat.

Untuk pelajar? Juga untuk tadabbur dan tazakkur. Mekanisme?

Kelas

Kuliah

Log book

Online gamifacation

Allahu a'lam

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7841228270346640953.post-2015199951301034902014-08-19T07:33:00.004+08:002014-08-19T07:33:37.238+08:00Berfikir adalah seruan dalam Surah Ali Imran
Berfikir adalah seruan dalam Surah Ali Imran

Dalam al-Quran, ada 18 kali Allah menggunakan perkataan yang berkaitan fikir. Sekali sahaja dalam bentuk fakkara, selebihnya dalam bentuk tafakkur. Apa maksudnya? Ada beza antara fikir dan tafakur. Tafakur yang ditekankan dalam al-Quran ialah satu proses yang mendalam dan ada kemahirannya. Ia bukan sekadar fikir biasa.
Malah apabila kita merujuk kepada istilah Ulul Albab (orang yang mempunyai akal sempurna atau 'get the point'), ada 16 ayat dalam al-Quran berkaitan topik ini. Salah satunya ialah pada Surah ali Imran ayat 190-191.
190. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;
191. (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.
Apakah isi utama dalam ayat di atas? Zikir & fikir perlu diselaraskan untuk menjadi orang yang akal sempurna.
Apabila seorang pendidik berfikir dengan konsep tafakur dalam ayat di atas, pasti ia akan memberi banyak manfaat kepada anak murid dalam kelas.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7841228270346640953.post-76641465369628705922014-08-19T07:32:00.000+08:002014-08-19T07:32:05.218+08:00CoRT untuk Pendidik Kreatif BerfikirPernah tengok cerita Spiderman? Apakah kelebihan beliau? Boleh memanjat dinding tanpa tangga. Namun bolehkah kita berbuat demikian? Ia hanya dalam filem. Paling hebat pun seorang manusia boleh memanjat pokok kelapa, tetapi bukan memanjat dinding.

Tangga ialah 'tool' atau alat untuk berbuat sesuatu.

Semalam kita berbincang istilah tafakkur. Ia adalah berfikir secara mendalam. Perlukan teknik atau kaedah tertentu untuk mencapai tujuan akal kita dijadikan. Kalau tiada teknik, ia mungkin boleh berlaku tetapi sekali-sekala - seperti Spiderman atau pemanjat pokok kelapa. Tapi kalau kita tidak pandai panjat pokok kelapa sekalipun, tangga ada untuk membantu kita memetik pokok kelapa. Teknik ialah tangga. Dalam berfikir, salah satu 'tangga' tersebut ialah CoRT (Cognitive Research Trust) yang diperkenalkan oleh Edward de Bono.

Apa itu CoRT

Secara ringkas, ada 58 alat untuk berfikir dalam CoRT. Ia adalah kajian lama. Ada pelbagai kegunaan. Salah satu ialah untuk melatih pemikiran kita kreatif di samping mengenalpasti beberapa ciri dalam berdebat dan menentukan kebenaran.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7841228270346640953.post-37815666737816830542014-05-13T22:59:00.000+08:002014-05-13T22:59:15.878+08:00Siapa pendidik?Kalau pendidik itu hanya merujuk kepada guru di sekolah atau pensyarah di universiti, ia kurang menyeluruh. Doa hebat yang dibaca dan diabadikan dalam al-Quran ialah doa keampunan untuk ibu bapa.

Ada istilah 'rabbayaani' atau mendidik saya. Ibu bapa ialah pendidik yang diabadikan dalam doa dari Quran!

Jadi siapa pendidik utama di peringkat manusia? Ibu bapa. Kemudian guru di sekolah dan universiti.

Pendidik A+ mengambil intisari dari contoh pendidik ulung - al mualim - Nabi Muhammad.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7841228270346640953.post-23875048469737058282013-11-16T23:17:00.000+08:002013-11-16T23:19:38.788+08:00Bagaimana orang baik boleh buat jahat?"Saya tidak percaya anak saya pukul kawannya di asrama."

"Saya tidak sangka anak saya akan pukul adiknya ketika ayah atau ibunya tiada di rumah."

Dialog di atas sering kedengaran apabila si penjaga datang ke sekolah asrama penuh apabila si warden memanggil si penjaga untuk menyelesaikan isu disiplin anaknya di sekolah. Ketika di rumah, ia juga boleh berlaku apabila adik beradik membuat sesuatu yang tidak disangka-sangka.

Menurut Philip Zimbardo dalam bukunya The Lucifer Effect, ada beberapa alat analitikal (analytical tools) atau faktor orang baik boleh jadi jahat.

Deindividuation

Obedience to authority

Passivity in the face of threats

Self-justification

Rationalization

Dehumanization

Perlindungan dari Allah amat penting. Dalam masa yang sama, apakah usaha bagi seorang manuai untuk mewujudkan suasana yang baik?

Perkara-perkara ini akan dijelaskan lagi dalam artikel yang akan datang insha-allah.

Unknownnoreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7841228270346640953.post-69371155725685643262013-11-13T07:56:00.000+08:002013-11-13T07:59:41.944+08:00Program Pendidik A+ pada 9-10 Dis 2013Saya bercadang untuk berkongsi modul Pendidik A+. Berikut ialah antara topik yang akan dibincangkan:

1) Mengenal Nabi sebagai al-Mualim dan bagaimana contoh yang beliau tunjukkan

2) Membezakan antara ciri guru cemerlang (A+ & A) dan guru kurang cemerlang (B,C,D,E)

3) Memahami konsep ganjaran dan hukuman dalam pendidikan - agar pelajar mampu melonjakkan keyakinan dan potensi diri.

4) Pelbagai tahap umur dalam pendidikan - agar psikologi perkembangan dapat diambil kira dalam merancang pendekatan pendidikan

5) Bagaimana membina Sekolah A+ berteraskan contoh dari sejarah - mengkaji sistem pendidikan zaman Nabi, zaman kegemilangan Islam, contoh sekolah Barat seperti Eaton atau sekolah di Malaysia.

6) Apakah sistem pendidikan yang holistik - berteraskan konsep jasmani, emosi, rohani dan intelek

7) Pemikiran Dialektik menuju Tauhid - bagaimana kaedah berfikir yang baik akan memberi kesan hebat bagi pendidik ketika mengajar atau berinteraksi dengan pelajar.

8 ) 16 ayat Ulul Albab dan bagaimana ia diintegrasikan dalam kurikulum dan ko-kurikulum sekolah untuk melahirkan individu yang mithali (Band 6 dalam PBS)

9) Guru sebagai pemimpin yang mengikut situasi - bagaimana kaedah Ken Blanchard ini dapat dilaksanakan oleh guru di sekolah.

Adakah tuan puan berminat? Atau ada cadangan rakan?

Jika berminat, mohon penuhkan borang berikut (klik di sini)Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7841228270346640953.post-23714042754690916402013-09-29T07:32:00.000+08:002013-09-29T07:32:37.360+08:00Antara kuantiti dan tujuan dalam mendidik"Banyak kerja! Stres"

"Ada kerja lagi? Aktiviti ko-kurikulum lagi?"

"Kami nak naik gaji lagi. Banyak sangat kerja."

Sebagai seorang pendidik, banyak kuantiti atau nombor yang perlu diambilkira : Berapa hari mengajar, berapa jam mengajar sehari, berapa murid dalam kelas, berapa subjek yang perlu ajar, berapa hari cuti dan berapa A pelajar saya dapat. Namun adakah ia mencapai tujuan atau matlamat adanya A, jumlah pelajar, jumlah subjek dan jumlah masa untuk mengajar?

P-kuantiti dan S-matlamat

Apabila bercakap tentang 'kuantiti', kita akan menyentuh elemen fizikal sebagai seorang pendidik. Apabila seseorang 'fokus' dengan ilmu yang benar pada setiap item yang diusahakan, ia dikaitkan dengan hak intelektual yang sudah dilunaskan. Apabila diberi perhatian dan perasaan yang wajar, hak emosi sudah dilunaskan yang membawa kepada 'kualiti' sesuatu usaha seperti mendidik atau mendapatkan A.

Kualiti sahaja tidak cukup tetapi sesuatu subjek atau masa mengajar perlu membawa kepada matlamat yang jelas. Sebagai seorang guru atau pendidik A+, matlamat utama ialah untuk menghambakan diri kepada Allah. Si pendidik akan meletakkan matlamat bahawa masa mengajar atau A yang diusahakan ini ialah atas sebab kehambaan kepada Allah. Masa mengajar ialah ibadah. A yang diusahakan untuk pelajar ialah satu ibadah - buat kerana Allah dan mengikut syariat dengan berteraskan kuantiti, fokus dan kualiti yang terbaik.

Apabila guru hilang matlamat

Apabila seseorang pendidik hilang atau kabur dengan matlamat, ia akan menyebabkan stamina menurun untuk meneruskan perjuangan. Ia seperti seorang yang masuk ke dalam terowong gelap. Apabila diberitahu terowong itu 2 km dan makin bergerak ke depan, makin jelas cahaya yang dituju, ia akan menimbulkan ghairah dan kekuatan untuk melengkapkan perjalanan.

Begitulah kehidupan sebagai seorang pendidik. Apabila matlamat utama ialah berbuat kerana Allah dan ingin menuju syurga dengan membawa pahala ganjaran ilmu bermanfaat sebagai matlamat utama, matlamat lain akan menjadi 'secondary'. Ia akan memantapkan stamina emosi, intelek dan fizikal si guru.

Apabila guru hilang matlamat, tidak sabar menunggu hujung bulan untuk menerima gaji. Ia menyebabkan tidak sabar hari Khamis atau Jumaat untuk bercuti. Ia menyebabkan tidak sabar habis hari mengajar. Ia menyebabkan tidak sabar untuk menghabiskan waktu mengajar. Tidak sabar ingin berborak di kafeteria lama-lama atau pergi shopping. Ini kesan tidak jelas matlamat.

Sebagai seorang pendidik A+, matlamat perlu disemak setiap hari, setiap ketika.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7841228270346640953.post-49941697022237501982013-06-15T07:10:00.002+08:002013-09-29T07:22:13.326+08:00Guru yang diidolakan, guru yang disembahSalah satu kaedah guru atau pendidik atau tokoh disembah ialah apabila si tokoh itu dapat memenuhi 'keperluan spiritual' si pengikutnya. 'Keperluan spiritual' itu boleh dimanifestasikan oleh aspek fizikal, intelektual mahupun emosi.

Sebagai contoh, kalau seorang pelajar, A inginkan ilmu bisnes dari seorang guru, B. Apabila B menyentuh ilmu yang memberi kesan kepada A secara intelektual atau emosi, ia akan menyebabkan si A akan kagum. Beliau akan banyak merujuk kepada B. Ini masih tidak menjadi masalah.

Namun kalau kredit itu 100% kepada B dan B mengambil kredit itu tanpa memulangkan kepada Tuhan, ini akan membawa kepada budaya 'celebrity worship'. Apatah lagi kalau B akan terus mencari-cari 'sebab' untuk si A akan kagum dan hanya akan 'percaya' kepada B. Antara petanda si B sedang membina kekaguman pada dirinya bukan kepada Pencipta ialah apabila metod kajian atau penghasilan sesuatu karya tidak mengikuti disiplin sumber akademik yang tepat.

Menjadi guru disukai, menjadi guru dibenci

Menjadi guru disukai amat baik. Namun baik itu ada sifatnya. Ada baik di peringkat manusiawi sahaja. Ada baik yang meliputi peringkat spiritual atau di sisi Tuhan.

Kalau seorang guru disukai hanya di peringkat manusiawi sahaja, ia akan menatijakan 'celebrity worship'. Selebriti boleh hadir dalam dunia bisnes, intelektual, sosial atau spiritual. Ahli bisnes boleh menjadi selebriti. Ahli akademik boleh menjadi selebriti. Artis memang dikenali sebagai selebriti. Tokoh agama yang bernasyid di atas pentas atau memberi kuliah di surau-surau juga boleh menjadi selebiriti.

Sudah tentu tiada siapa mahu menjadi guru dibenci. Realitinya, guru yang disukai di peringkat manusiawi sahaja akan mudah dibenci selepas itu kerana menjadikan orang lain 'worship' itu amat perlu diberi perhatian serius.

Bagaimana menguruskan kesukaan orang kepada kita?

Pulangkan kepada Allah. Jangan ditolak. Yang penting, ikut sunnah dan metodologi betul pada setiap momen melaksanakan sesuatu kerja.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7841228270346640953.post-86194917993380645832013-06-14T23:11:00.000+08:002013-06-14T23:17:26.914+08:00Belajar dan mengajar Quran asas Pendidik A+Salah satu perkara penting untuk aspek pendidikan ini ialah konsep tarbiah yang menekankan rabb dalam kehidupan. Bagaimana caranya ia dijelmakan dalam kehidupan? Belajar dan mengajar al-Quran. 'al-Quran berjalan' itu ada pada Rasulullah - yang ada akhlak mulia. 980 kali perkataan 'rabb' ini diulang dalam al-Quran. Ia membawa implikasi bahawa konsep pendidikan amat rapat dengan konsep ketuhanan. Hancurlah sistem pendidikan yang tidak membawa manusia kembali kepada Tuhan.

Apakah implikasi kepada pendidik yang ingin membina sekolah A+? Sudah tentu ia perlu mengambil pedoman ini. Pedoman yang berteraskan ayat berikut:

Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab agama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian dia tergamak mengatakan kepada orang ramai: Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah. Tetapi (sepatutnya dia berkata): Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu dan kerana kamu selalu mempelajarinya. (3:79)

Bagaimana guru yang tidak mengajar pendidikan Islam?

Mengajar al-Quran ini punya hala tuju. Halatujunya ialah Tuhan. Hatta Nabi juga ditegur agar tidak meminta orang lain menyembahnya tetapi menjadi golongan Rabbaniyyin. Kumpulan ini meletakkan al-Quran sebagai aspek penting untuk mengembalikan manusia kepada qaul atau perkataan asal : dari Tuhan.

Apabila seorang guru Sejarah bercakap tentang subjek tersebut, ada pelbagai aspek yang perlu diberi perhatian.

Aspek konsep sejarah

Aspek kemanusiaan sejarah

Aspek teknikal sejarah

Belajar sejarah bukan sekadar teknikal faktanya sahaja. Tetapi diajar konsep dan aspek kemanusiaan. Konsep membawa kepada Tuhan. Kemanusiaan membawa kepada akhlak pencinta Tuhan - Nabi Muhammad saw.

Secara langsung atau tidak langsung kepada Tuhan?

Adakah belajar bahasa Melayu sama dengan ilmu tauhid? Sudah tentu ilmu alat tidak sama dengan ilmu yang dipelajari secara langsung tentang agama. Ada ilmu bersifat teknikal seperti Matematik. Ada ilmu konsep kemanusiaan seperti bahasa Melayu. Ada ilmu melibatkan kemanusiaan seperti sains dan pendidikan Islam.

Ia boleh dipelajari secara terasing. Namun alangkah baiknya jika ia diselitkan dengan aspek Ketuhanan dalam memahami konsep ilmu tersebut. Atau ketika ilmu disampaikan, pelbagai akhlak mulia dititikberatkan. Teknik perkara ini dilaksanakan ialah dengan memasukkan aspek 'do' atau aktiviti ketika dalam kelas. Pendidik akan melaksanakan aktiviti secara formal atau tidak formal bagi memasukkan nilai ini ke dalam pelajar.

Biarpun ingin dapat A dalam Matematik, ada banyak ruang untuk Pendidik memasukkan nilai A+ dalam diri pelajar. Hatta seorang tukang sapu atau pembersih tandas boleh memasukkan nilai A+ dalam diri pelajar. Caranya A+ ini dijelmakan bukan dalam bentuk intelektual sahaja. Namun dalam bentuk amali seharian.Unknownnoreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7841228270346640953.post-37686429923576096142013-02-15T08:22:00.000+08:002013-02-15T08:22:14.814+08:007 Elemen dalam Meningkatkan Kemahiran SosialMenurut Daniel Goleman, ada 7 elemen

Emphaty

Attunement

Organizational awareness

Influence

Developing Others

Inspiration

Teamwork

Untuk membina EQ pelajar, elemen sosial adalah unjuran kepada kemahiran emosi ini. Apabila emosi dinaikkan, kemahiran sosial juga perlu diberi perhatian.

Contoh terbaik untuk si anak murid belajar elemen ini ialah dengan:

Mempunyai coach di kalangan guru

Memerhati contoh atau model di kalangan guru atau orang tertentu yang dipelajari

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7841228270346640953.post-90701233303872897642013-02-14T07:58:00.002+08:002013-02-14T07:59:16.731+08:00Perjumpaan 1 Diskusi Sekolah A+

Perjumpaan pertama diskusi Sekolah A+ berjaya dilaksanakan di Akademi Sinergi, Bangi pada 13 Feb 2013. Diskusi hangat berlaku dengan agenda senario pendidikan kini, model Sekolah A+ dan pelaksanaannya selepas ini.

Secara ringkas, ada 3 elemen yang perlu diperhati apabila melaksanakan Sekolah A+.

Latihan

Pengkalan data untuk sumber

Komuniti

Bagi tuan puan yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut untuk pelaksanaan Sekolah A+ ini, boleh email kepada info@total-success.net

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7841228270346640953.post-47633516298973736752013-02-12T10:36:00.000+08:002013-02-12T10:36:32.913+08:00Setting Intelektual dengan Emosi yang banyakKelas adalah sesi intelektual. Ada maklumat dan ilmu yang akan disampaikan. Ia ruang untuk mendidik pelajar. Sekitar 50 minit - 1 jam.

Dalam masa yang sama, ia bukan sekadar 'kering' dengan intelektual. Ia perlu dibasahi dengan emosi yang baik. Ini disebabkan berlaku interaksi antara individu. Antara pendidik dan pelajar.

Makin banyak elemen emosi yang dipasakkan, makin efisien sistem pendidikan yang dilaksanakan dalam kelas.

Jika di rumah seorang pendidik ialah seorang ibu atau ayah yang sarat dengan nilai emosi, di kelas, si pendidik perlu mengehadkan masa untuk berinteraksi. Kemahiran mendidik dalam masa 1 jam berbeza dengan kemahiran seorang jurulatih yang mengajar dalam masa 1 hari. Di rumah boleh mendidik dalam timeline atau garis masa yang tidak urgent.

Apabila seorang pendidik belajar kemahiran mengajar dengan elemen intelektual dan emosi, ia akan mampu melonjakkan kesan pendidikan dalam kelas.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7841228270346640953.post-36267812416426128762013-01-31T08:06:00.001+08:002013-01-31T08:14:10.255+08:00Apabila anak murid 'mabuk' dan tidak buat kerja rumahDalam sesebuah kelas, ada pelajar yang siap homework. Ada yang siap kerja diskusi. Ada yang senyap. Ada yang terpinga-pinga. Ada yang asyik blur atau blank.

Itu adalah soalan dari anak murid tanpa kata. Mereka tidak tahu apa yang terbaik untuk dilaksanakan.

Baru ini, ketika saya masuk kelas selepas 5 hari bercuti, tiada seorang pun yang membuat kerja rumah yang diberikan. Mereka syok bercuti.

Jika ingin didenda, ia mungkin kebiasaan guru di sekolah.

Namun tidak buat kerja rumah bukan kesalahan fatal dalam al-Quran as-Sunnah.

Berbincang

Saya berbincang untuk aknowledge masalah pelajar.

Awalnya kelas senyap. Mereka bimbang dan 'takut' kerana sudah buat silap. Saya tidak biarkan. Saya lantas jelaskan hadith Nabi.

Kata hadith Nabi, katakanlah 'aku beriman kemudian istiqamah'.

Untuk terus mampu istiqamah menjadi pelajar yang menjalankan amanah dari iman yang diakui, ada 2 syarat. Syarat pertama untuk terus mampu berdiri ialah gegendang separuh bulat stabil (fizikal) dan akal waras (intelek, emosi dan spiritual). Kalau akal tidak waras, itu tandanya ada 'mabuk'.

Mereka 'mabuk' dengan cuti.

Pelajar mula bersuara. Mereka berkongsi 'mabuk' mereka.

Ada yang 'mabuk' dengan mandi di Lost World of Tambun.

Ada yang 'mabuk' dengan duit kerana 1 jam menjadi anak kecil, dapat RM 50.

Ada yang 'mabuk' dengan video game.

Semua 10 pelajar saya ada 'mabuk' masing-masing. Jadi mereka tidak peka dan mula leka dari menyiapkan kerja rumah.

Dengan berbincang dan bertanya sambil mendengar jawapan mereka, saya berkongsi bahawa semua orang memang boleh 'mabuk' kalau tidak berhati-hati dengan apa yang dilaksanakan seharian. Apatah lagi waktu cuti panjang.

Saya yakin kalau jenis-jenis 'mabuk' ini diperhatikan dan diwaspadai, anak pelajar ini akan mampu menyiapkan kerja rumah mereka dengan baik.

Selepas itu saya mulakan kelas dengan berbincang isi kerja rumah yang perlu mereka selesaikan. Mereka tetap kena buat. Cuma ia dibincangkan dan diambil masa panjang sedikit. Dan kerja rumah baru saya berikan lagi.

Saya akan perhatikan apakah kesannya hari ini. Adakah mereka menyiapkannya selepas sedar 'mabuk' itu perlu diwaspadai. Yang pasti, pelajar tetap naik estimnya walaupun selepas buat silap. Saya tetap perlu tegas, namun tidak mendenda tidak tentu pasal atau tiada pelajaran yang mereka peroleh dari 'data kesilapan' mereka.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7841228270346640953.post-1010718732523241922013-01-29T09:49:00.001+08:002013-01-29T09:52:06.844+08:00Pendidik A+ membina Penjaga A+ dan Pelajar A+Hari ini ialah hari ke-5 saya mengajar di sekolah menengah KMS. Saya akan bawa satu helai kertas untuk kerja rumah pelajar. Mereka akan menyambung subjek Pemikiran Berkesan.

Ketika mendidik pelajar untuk menjadi A+, si pendidik A+ juga boleh membina penjaga A+ tanpa mereka perlu hadir ke sekolah untuk mendengar talk pasal parenting. Kaedahnya?

Saya sertakan helaian kerja rumah pelajar saya.

Helaian kerja Minggu 5

Apakah kesan helaian kerja begini? Si ibu ayah juga akan bersama untuk memahami kandungan Surah al-Fatihah.

Unknownnoreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7841228270346640953.post-30563177128262774772013-01-18T23:21:00.001+08:002013-01-18T23:21:49.801+08:007 Stamina Emosi untuk Pendidik A+Secara umum, 7 Stamina Emosi diperlukan untuk menjadi seorang A+. Ia memberi fokus kepada elemen emosi secara internal. Dalam EQ oleh Daniel Goleman, elemen 7 Stamina Emosi ini akan memberi kesan kepada 3 domain berikut:

Kenal diri

Kawalan diri

Motivasi diri

3 perkara ini amat penting untuk melonjakkan EQ di peringkat intrapersonal. Dalam diri. Pendidik A+ akan mempunyai kekuatan emosi apabila 3 perkara ini diambil kira. 7 Prinsip Emosi disemak kepada 7 Ciri Orang Beriman Yang Berjaya.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7841228270346640953.post-81171129375968162722013-01-18T23:16:00.000+08:002013-01-19T08:58:29.116+08:00Sekolah A+ yang diidamkanMengapa saya idamkan Sekolah A+? Ibu bapa tidak perlu pening kepala. Ibu bapa juga akan sama 'bersekolah' dalam Sekolah A+. Ibu bapa dan masyarakat sekeliling akan menjadikan sekolah rendah atau menengah atau universiti medan untuk terus mendapat manfaat pendidikan biarpun tidak hadir 100%. Ini disebabkan pembelajaran perlu berlaku di mana sahaja. Kalau si ayah atau ibu masuk keluar sekolah anak, sudah tentu banyak manfaat yang boleh diambil.

Sekolah A+ bermula dengan Pendidik A+ dihasilkan. Kemudian ia merebak kepada si pelajar dan ibu bapa. Saya mengimpikan satu sekolah yang guru-gurunya amat positif untuk mendidik anak bangsa. Kini sudah ada seperti Khalifah Method School. Namun ia perlu dibanyakkan dan dilebarkan. Teknik A+ ini bukan hanya milik sekolah tertentu. Ia perlu menjadi standad semua sekolah di Malaysia dan dunia. Saya yakin ia boleh dilaksanakan jika ia difahami dengan baik.

Sekolah A+ melahirkan Pelajar A+. Pelajar A+ cemerlang fizikal, intelek, emosi dan spiritualnya. Pelajar A+ mampu menjadi pemimpin dan coach kepada rakan mereka. Kejayaan mereka melangkau usia.

Anda ada cadangan sekolah mana yang sesuai untuk menjadi Sekolah A+?Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7841228270346640953.post-37129597545405942662013-01-18T22:54:00.001+08:002013-01-18T23:02:35.036+08:003 Kemahiran Pengurusan diperlukan Pendidik A+Dalam menguruskan kehidupan (life management), amat penting 3 perkara ini:

Kemahiran konsep (conceptual)

Kemahiran kemanusiaan (human)

Kemahiran teknikal (technical)

Konsep ini akan menjadi nyawa kepada apa yang akan dibuat oleh seorang guru. Ia menjelaskan tujuan atau matlamat. Tanpa ilmu dan kemahiran konsep, semua teknik dan manual perlu diberikan kepada guru. Ia akan menjadikan seorang pendidik itu kurang bermotivasi tahap 3.0. Motivasi tahap 3.0 diperlukan kalau ingin mendidik anak murid bermotivasi 3.0.

Kalau guru bermotivasi tahap 2.0 sahaja, ia akan melahirkan pelajar bermotivasi 2.0 atau 1.0. Perlu dipanggil ramai pakar motivasi untuk menyuntikkan semangat 2.0 atau 3.0.

Kalau sudah ada ilmu konsep dari sumber pelbagai, ia akan melahirkan seorang guru yang matang. Seorang guru matang berada dalam kategori A atau A+.

Guru begini mempunyai kemahiran kemanusiaan yang mantap. Stamina emosi dan kemahiran interaksi sesama manusia amat tinggi. CASIC adalah satu tool dalam Pendidik A+ untuk melonjakkan EQ - fokus kepada empati dan hubungan sesama manusia. CASIC bersama Pencipta akan melonjakkan EQ internal dan SQ.

Lantas, kemahiran konsep dan kemanusiaan yang mantap ini akan mewujudkan kreativiti dalam berinteraksi mendidik pelajar. Teknik menghadapi pelajar pelbagai peringkat umur mudah diselesaikan. Teknik menghadapi kelas corot atau cemerlang tidak diasingkan. Semua orang ada ruang untuk corot. Pendidik A+ ada ruang corotnya. Beza corot Pendidik A+ dan Pendidik E ialah: Pendidik A+ sedar beliau corot, bertaubat dan ingin baikinya.

Kesan guru tiada 3 kemahiran ini

Apakah kesan kalau pendidik hilang salah satu kemahiran ini? Atau tidak 'polish' kemahiran ini dari semasa ke semasa?

Kalau kemahiran konsep, ia akan menyebabkan beliau tidak dinamik. Asyik pening kepala dengan perkara baru yang hadir dalam dunia pendidikan. Tidak tahu bagaimana memberi respon kepada apa yang bertukar dan berlaku. Ubah perkara di luar, maka beliau akan gelabah. Tidak tahu buat apa.

Kalau tiada atau kurang kemahiran kemanusiaan, ia akan menyebabkan si guru amat bijak konsep tetapi sukar berkomunikasi dan berinteraksi dengan pelajar mengikut tahap mereka. Kalau pendidik penuh dengan konsep dan kurang kemahiran kemanusiaan, pelajar rasa cikgu penuh dengan falsafah. Pendidik lain juga akan jenuh dan jemu.

Kalau pendidik tiada teknik, produktiviti rendah. Amat baik dengan pelajar dengan pelbagai konsep, namun untuk mencapai objektif subjek atau matapelajaran amat sukar. Pelaksanaan mengajar atau mengendalikan sebarang projek kurang membawa hasil yang dikehendaki agar kurang.

Kesimpulannya, penting 3 perkara ini digabungjalinkan.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7841228270346640953.post-81588252863583607742013-01-18T22:37:00.001+08:002013-01-18T22:44:56.402+08:00Maaliki Yaum-Addeen menyeru untuk merancang Seorang Pendidik A+ akan merancang untuk apa yang akan diajar dalam kelas. Perancangan ini amat biasa di kalangan pendidik, tetapi apakah kaedah perancangan yang digunapakai? Rancang dari nun jauh sana kepada apa yang perlu dibuat sekarang. Apa yang akan diajar dalam kelas akan dicatat. Ada perancangan dan boleh berubah kalau perlu ketika dalam kelas.

Perancangan ini akan menyebabkan sebarang masalah atau kesukaran ditangani dengan lebih bersedia. Pelajar akan ada pelbagai perangai. Namun dengan rancangan, kita tahu bila akan habis kelas, bila sesuai berborak dan bila sesuai menerapkan elemen kesedaran fizikal, intelek, emosi dan spiritual.

Cukupkah berkreatif dalam masa 1 jam mengajar? Atau dalam masa 50 minit? Bergantung kepada perancangan. Kalau sudah dirancang dan ada sistem yang kemas, pelbagai perkara dalam 50 minit dalam dilaksanakan. Malah guru boleh menjadi konsultan sahaja dalam kelas. Bukan mengajar dan memberi segala-galanya.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7841228270346640953.post-87685208865617715892013-01-18T22:35:00.000+08:002013-01-18T22:45:18.273+08:00ar-Rahman ar-Raheem - Bekalan untuk Pendidik A+Kata ar-Rahman ar-Raheem berkaitan dengan perkataan rahima - ada kaitan dengan rahmat. Rahmat Allah diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki. Ar-Rahman dikaitkan dengan rahmat untuk mereka yang melaksanakan peraturan alam. Sunnatullah. Manakala ar-Raheem ialah rahmat kepada orang yang beriman yang melaksanakan syariat Allah. Syariatullah.

Seorang pendidik yang mengambil manfaat dari ayat ini pasti akan berusaha melaksanakan sunnatullah dan syariatullah dalam mendidik anak didik. Anak didik juga dimaklumkan apakah sunnatullah dan syariatullah sebagai cara berfikir mereka.

Sebagai contoh, ketika belajar, sunnatullah ialah mencatat nota, menguruskan masa, membaca dan bersungguh-sungguh. Syariatullah ialah membaca doa, menyerahkan kepada Allah urusan dan diharapkan dapat keberkatan.

Apabila si pendidik mengikut kepada formula ini dan diterapkan dalam diri pelajar, ia akan melahirkan pelajar A+. Yang sering meletakkan elemen + dalam kehidupan. Elemen spiritual dan iman.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7841228270346640953.post-43066874920936561512013-01-18T07:59:00.001+08:002013-01-18T08:00:51.660+08:00Pendidik A+ memberi ganjaranAda beberapa ganjaran dalam mendidik.

Menurut 38Langkah Belajar Mengajar EQ Cara Nabi SAW oleh Fuad bin Abdul Aziz al-Syalhub, ada beberapa kaedah:

Hadiah fizikal (P)

Hadiah pujian (E)

Hadiah doa (S)

Salah satu contoh pada zaman Nabi ialah:

Dari Abu Musa al-Asyari berkata, "Suatu waktu saya mendatangi Rasulullah saw dan beliau berada di tanah Batha'. lalu beliau berkata: "Sudahkah engkau haji?" "Saya menjawab "Ya" Beliau berkata lagi: "Bagaimana engkau bertalbiyah?" Saya menjawab: "Labaik seperti talbiyahnya Nabi saw." Beliau berkata "Bagus" (Hadith Sahih Bukhari)

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7841228270346640953.post-39124696928834553362013-01-17T08:00:00.003+08:002013-01-17T08:05:13.316+08:00Saya suka jadi cikguWalaupun saya bukan cikgu di sekolah rendah atau menengah, saya suka cikgu profesion ini. Alhamdulillah tahun 2013 saya dibenarkan menjadi cikgu. Saya ada 2 unit kelas setiap minggu di Khalifah Method School untuk mengajar Effective Thinking.

Saya seronok menjadi cikgu di sini. Saya boleh aplikasikan terus ciri Pendidik A+. Saya akan berkongsi teknik yang saya gunakan serba sedikit insha-allah.

Salah satunya ialah Gamification yang diadun mengikut acuan kelas.

Kalau dulu, saya sering nampak dalam kelas, seorang guru tidak boleh macam-macam. Saya rasakan dulu cikgu banyak kerja atau silibus yang perlu diajar. Namun selepas belajar banyak tempat, rupa-rupanya kandungan yang sama boleh diajar dengan lebih menarik dan berbeza.

Inilah Silibus untuk Effective Thinking. Apakah elemen dalamnya? Saya akan kongsikan dalam entri seterusnya.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7841228270346640953.post-75810989531819463002012-10-10T07:18:00.001+08:002012-10-10T07:18:54.748+08:00'Gamification' dalam mengajarKetika saya melaksanakan program Pemikiran Kreatif dan Penyelesaian Masalah di UKM, seorang pensyarah menyatakan "Saya seronok dalam program ini kerana ada unsur pertandingan. Ada had masa. Ada hadiah." Saya tersenyum.

Apa yang saya praktikkan ialah konsep dalam 'gamification'. Ramai suka main game samada di Ipad, laptop, TV dan alat lain. Teori tentang ini ialah gamification. Kalau seorang pendidik tahu teori dan bagaimana mempraktikkan teori ini dalam kelas, ia pasti akan menyeronokkan.

Salah satu buku yang saya kaji sekarang berkaitan konsep ini ialah Fun Inc. Saya mencari pendidik yang sudi belajar bersama kemahiran ini.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7841228270346640953.post-8452082330169991312012-10-10T07:12:00.002+08:002012-10-10T07:12:20.064+08:00Program di SMI Al-Amin Bangi percuma 2 jamAtas kesudian pendidik di SMI Al-Amin Bangi mengisi borang survey dari pihak kami, program pertama percuma 2 jam akan dilaksanakan di sekolah tersebut pada 11 Okt 2012. Tahniah pendidik SMI Al-Amin. Ia menampakkan kesungguhan anda untuk menjadi Pendidik A+ dan mendidik anak bangsa dengan teknik yang hebat.Unknownnoreply@blogger.com0