Khamis, 6 Ogos 2015

Apakah elemen Subhanallah Effect?

Bagaimana membina WOW? 

Culture Canvas

Dalam dunia bisnes, produk yang WOW memberi pengalaman yang menggembirakan.

WOW memfokuskan kepada butiran yang bermakna dalam diri pelanggan. Setiap pelanggan adalah unik dan bukan hanya sebahagian proses yang mekanikal atau rutin.

Syarat penting untuk membina WOW ialah sedar tentang nilai yang dibawakan oleh organisasi. 

Bagaimana Elemen Subhanallah Effect?

Ketika Subhanallah Effect dilaksanakan, apa yang ingin dibawakan ialah sesuatu pengalaman yang melangkaui Wow dan Eureka Effect.

Elemen ini diringkaskan dengan formula ZiTRaS - Zikir, Tafakkur, Rabbana, Subhanallah

Temui saya dalam sesi webinar Subhanallah Effect di akademisinergi.com/subhanallahwebinar

Selasa, 4 Ogos 2015

Subhanallah Effect

Subhanallah Effect
Pada akhir program, peserta akan dapat
1. Memahami konsep eureka, wow dan subhanallah effect dalam pendidikan dan latihan samada untuk diri sendiri atau pendidik
2. Mengetahui konsep umum bijak intelek dan bijak emosi untuk cemerlang berteraskan ayat Ulul Albab
3. Menjadikan aktiviti dalam kelas dan bilik latihan yang interaktif dan mampu melonjakkan kebijakan spiritual

Isnin, 10 November 2014

Felo A+

Felo adalah pendidik.


  1. Apakah tujuan menjadi felo? Hamba yang menyeru ke arah kebaikan. Kepada Allah agar orang menjadi terbaik (khairu ummah) dan akan bertindak menjadi hamba ar-Rahman
  2. Khairu ummah ada 2 syarat : percaya pada Allah (siddiq, amanah, fatanah) dan amar  makruf dan nahi munkar (tabligh)
  3. Latih anak didik menjadi hamba ar-Rahmaan: ia akan menjadikan mereka mempunyai sikap yang amat baik. Kalau nak berjaya, 7 sifat orang beriman.
  4. Apabila sudah jelas sidiq, amanah dan fatanah dalam diri sendiri dan pelajar (shakilatih), maka ia adalah mudah untuk menyampaikan. Menyampaikan adalah apa yang sudah sedia difahami dan memabaiki kesilapan.
  5. Apakah masalah seorang pelajar? Sukar untuk menjadi hamba. Ada cabaran dunia. Mudah takjub pada perkara yang pelik-pelik.
  6. Komunikasi atas dasar CASIC kerana ingin bawa pelajar kepada Allah
Apakah motivasi felo?
  1. Ingat jadi hamba 
  2. Iraadah ada kaitan dengan tidak nisyan. Baca Quran, Tadabbur dan tazakkur agar mudah untuk membina iradah yang kuat.
  3. Untuk pelajar? Juga untuk tadabbur dan tazakkur. Mekanisme?
  • Kelas
  • Kuliah 
  • Log book 
  • Online gamifacation
Allahu a'lam

Selasa, 19 Ogos 2014

Berfikir adalah seruan dalam Surah Ali Imran

Berfikir adalah seruan dalam Surah Ali Imran
---------------------------------------------

Dalam al-Quran, ada 18 kali Allah menggunakan perkataan yang berkaitan fikir. Sekali sahaja dalam bentuk fakkara, selebihnya dalam bentuk tafakkur. Apa maksudnya? Ada beza antara fikir dan tafakur. Tafakur yang ditekankan dalam al-Quran ialah satu proses yang mendalam dan ada kemahirannya. Ia bukan sekadar fikir biasa.

CoRT untuk Pendidik Kreatif Berfikir

Pernah tengok cerita Spiderman? Apakah kelebihan beliau? Boleh memanjat dinding tanpa tangga. Namun bolehkah kita berbuat demikian? Ia hanya dalam filem. Paling hebat pun seorang manusia boleh memanjat pokok kelapa, tetapi bukan memanjat dinding.

Selasa, 13 Mei 2014

Siapa pendidik?

Kalau pendidik itu hanya merujuk kepada guru di sekolah atau pensyarah di universiti, ia kurang menyeluruh. Doa hebat yang dibaca dan diabadikan dalam al-Quran ialah doa keampunan untuk ibu bapa.

Ada istilah 'rabbayaani' atau mendidik saya. Ibu bapa ialah pendidik yang diabadikan dalam doa dari Quran!

Sabtu, 16 November 2013

Bagaimana orang baik boleh buat jahat?

"Saya tidak percaya anak saya pukul kawannya di asrama."
"Saya tidak sangka anak saya akan pukul adiknya ketika ayah atau ibunya tiada di rumah."

Dialog di atas sering kedengaran apabila si penjaga datang ke sekolah asrama penuh apabila si warden memanggil si penjaga untuk menyelesaikan isu disiplin anaknya di sekolah. Ketika di rumah, ia juga boleh berlaku apabila adik beradik membuat sesuatu yang tidak disangka-sangka.

Rabu, 13 November 2013

Program Pendidik A+ pada 9-10 Dis 2013

Saya bercadang untuk berkongsi modul Pendidik A+. Berikut ialah antara topik yang akan dibincangkan:

1) Mengenal Nabi sebagai al-Mualim dan bagaimana contoh yang beliau tunjukkan 
2) Membezakan antara ciri guru cemerlang (A+ & A) dan guru kurang cemerlang (B,C,D,E)
3) Memahami konsep ganjaran dan hukuman dalam pendidikan - agar pelajar mampu melonjakkan keyakinan dan potensi diri.
4) Pelbagai tahap umur dalam pendidikan - agar psikologi perkembangan dapat diambil kira dalam merancang pendekatan pendidikan
5) Bagaimana membina Sekolah A+ berteraskan contoh dari sejarah - mengkaji sistem pendidikan zaman Nabi, zaman kegemilangan Islam, contoh sekolah Barat seperti Eaton atau sekolah di Malaysia. 
6) Apakah sistem pendidikan yang holistik - berteraskan konsep jasmani, emosi, rohani dan intelek
7) Pemikiran Dialektik menuju Tauhid - bagaimana kaedah berfikir yang baik akan memberi kesan hebat bagi pendidik ketika mengajar atau berinteraksi dengan pelajar.
8 ) 16 ayat Ulul Albab dan bagaimana ia diintegrasikan dalam kurikulum dan ko-kurikulum sekolah untuk melahirkan individu yang mithali (Band 6 dalam PBS)
9) Guru sebagai pemimpin yang mengikut situasi - bagaimana kaedah Ken Blanchard ini dapat dilaksanakan oleh guru di sekolah.

Adakah tuan puan berminat? Atau ada cadangan rakan?

Jika berminat, mohon penuhkan borang berikut (klik di sini)

Ahad, 29 September 2013

Antara kuantiti dan tujuan dalam mendidik

"Banyak kerja! Stres"
"Ada kerja lagi? Aktiviti ko-kurikulum lagi?"
"Kami nak naik gaji lagi. Banyak sangat kerja."

Sebagai seorang pendidik, banyak kuantiti atau nombor yang perlu diambilkira : Berapa hari mengajar, berapa jam mengajar sehari, berapa murid dalam kelas, berapa subjek yang perlu ajar, berapa hari cuti dan berapa A pelajar saya dapat. Namun adakah ia mencapai tujuan atau matlamat adanya A, jumlah pelajar, jumlah subjek dan jumlah masa untuk mengajar?

Sabtu, 15 Jun 2013

Guru yang diidolakan, guru yang disembah

Salah satu kaedah guru atau pendidik atau tokoh disembah ialah apabila si tokoh itu dapat memenuhi 'keperluan spiritual' si pengikutnya. 'Keperluan spiritual' itu boleh dimanifestasikan oleh aspek fizikal, intelektual mahupun emosi.

Sebagai contoh, kalau seorang pelajar, A inginkan ilmu bisnes dari seorang guru, B. Apabila B menyentuh ilmu yang memberi kesan kepada A secara intelektual atau emosi, ia akan menyebabkan si A akan kagum. Beliau akan banyak merujuk kepada B. Ini masih tidak menjadi masalah.

Jumaat, 14 Jun 2013

Belajar dan mengajar Quran asas Pendidik A+

Salah satu perkara penting untuk aspek pendidikan ini ialah konsep tarbiah yang menekankan rabb dalam kehidupan. Bagaimana caranya ia dijelmakan dalam kehidupan? Belajar dan mengajar al-Quran.  'al-Quran berjalan' itu ada pada Rasulullah - yang ada akhlak mulia. 980 kali perkataan 'rabb' ini diulang dalam al-Quran. Ia membawa implikasi bahawa konsep pendidikan amat rapat dengan konsep ketuhanan. Hancurlah sistem pendidikan yang tidak membawa manusia kembali kepada Tuhan.

Jumaat, 15 Februari 2013

7 Elemen dalam Meningkatkan Kemahiran Sosial

Menurut Daniel Goleman, ada 7 elemen
  1. Emphaty
  2. Attunement
  3. Organizational awareness
  4. Influence
  5. Developing Others
  6. Inspiration
  7. Teamwork
Untuk membina EQ pelajar, elemen sosial adalah unjuran kepada kemahiran emosi ini. Apabila emosi dinaikkan, kemahiran sosial juga perlu diberi perhatian.

Contoh terbaik untuk si anak murid belajar elemen ini ialah dengan:
  1. Mempunyai coach di kalangan guru
  2. Memerhati contoh atau model di kalangan guru atau orang tertentu yang dipelajari


Khamis, 14 Februari 2013

Perjumpaan 1 Diskusi Sekolah A+

Perjumpaan pertama diskusi Sekolah A+ berjaya dilaksanakan di Akademi Sinergi, Bangi pada 13 Feb 2013. Diskusi hangat berlaku dengan agenda senario pendidikan kini, model Sekolah A+ dan pelaksanaannya selepas ini.

Secara ringkas, ada 3 elemen yang perlu diperhati apabila melaksanakan Sekolah A+.
  1. Latihan
  2. Pengkalan data  untuk sumber
  3. Komuniti
Bagi tuan puan yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut untuk pelaksanaan Sekolah A+ ini, boleh email kepada info@total-success.net



Selasa, 12 Februari 2013

Setting Intelektual dengan Emosi yang banyak

Kelas adalah sesi intelektual. Ada maklumat dan ilmu yang akan disampaikan. Ia ruang untuk mendidik pelajar. Sekitar 50 minit - 1 jam.

Dalam masa yang sama, ia bukan sekadar 'kering' dengan intelektual. Ia perlu dibasahi dengan emosi yang baik. Ini disebabkan berlaku interaksi antara individu. Antara pendidik dan pelajar.

Khamis, 31 Januari 2013

Apabila anak murid 'mabuk' dan tidak buat kerja rumah

Dalam sesebuah kelas, ada pelajar yang siap homework. Ada yang siap kerja diskusi. Ada yang senyap. Ada yang terpinga-pinga. Ada yang asyik blur atau blank.

Itu adalah soalan dari anak murid tanpa kata. Mereka tidak tahu apa yang terbaik untuk dilaksanakan.

Baru ini, ketika saya masuk kelas selepas 5 hari bercuti, tiada seorang pun yang membuat kerja rumah yang diberikan. Mereka syok bercuti.

Jika ingin didenda, ia mungkin kebiasaan guru di sekolah.

Namun tidak buat kerja rumah bukan kesalahan fatal dalam al-Quran as-Sunnah.

Selasa, 29 Januari 2013

Pendidik A+ membina Penjaga A+ dan Pelajar A+

Hari ini ialah hari ke-5 saya mengajar di sekolah menengah KMS. Saya akan bawa satu helai kertas untuk kerja rumah pelajar. Mereka akan menyambung subjek Pemikiran Berkesan.

Ketika mendidik pelajar untuk menjadi A+, si pendidik A+ juga boleh membina penjaga A+ tanpa mereka perlu hadir ke sekolah untuk mendengar talk pasal parenting. Kaedahnya?

Saya sertakan helaian kerja rumah pelajar saya.

Helaian kerja Minggu 5

Apakah kesan helaian kerja begini? Si ibu ayah juga akan bersama untuk memahami kandungan Surah al-Fatihah.


Jumaat, 18 Januari 2013

7 Stamina Emosi untuk Pendidik A+

Secara umum, 7 Stamina Emosi diperlukan untuk menjadi seorang A+. Ia memberi fokus kepada elemen emosi secara internal. Dalam EQ oleh Daniel Goleman, elemen 7 Stamina Emosi ini akan memberi kesan kepada 3 domain berikut:

  1. Kenal diri
  2. Kawalan diri
  3. Motivasi diri
3 perkara ini amat penting untuk melonjakkan EQ di peringkat intrapersonal. Dalam diri. Pendidik A+ akan mempunyai kekuatan emosi apabila 3 perkara ini diambil kira. 7 Prinsip Emosi disemak kepada 7 Ciri Orang Beriman Yang Berjaya.

Sekolah A+ yang diidamkan

Mengapa saya idamkan Sekolah A+? Ibu bapa tidak perlu pening kepala. Ibu bapa juga akan sama 'bersekolah' dalam Sekolah A+. Ibu bapa dan masyarakat sekeliling akan menjadikan sekolah rendah atau menengah atau universiti medan untuk terus mendapat manfaat pendidikan biarpun tidak hadir 100%. Ini disebabkan pembelajaran perlu berlaku di mana sahaja. Kalau si ayah atau ibu masuk keluar sekolah anak, sudah tentu banyak manfaat yang boleh diambil.

Sekolah A+ bermula dengan Pendidik A+ dihasilkan. Kemudian ia merebak kepada si pelajar dan ibu bapa. Saya mengimpikan satu sekolah yang guru-gurunya amat positif untuk mendidik anak bangsa. Kini sudah ada seperti Khalifah Method School. Namun ia perlu dibanyakkan dan dilebarkan. Teknik A+ ini bukan hanya milik sekolah tertentu. Ia perlu menjadi standad semua sekolah di Malaysia dan dunia. Saya yakin ia boleh dilaksanakan jika ia difahami dengan baik.

Sekolah A+ melahirkan Pelajar A+. Pelajar A+ cemerlang fizikal, intelek, emosi dan spiritualnya. Pelajar A+ mampu menjadi pemimpin dan coach kepada rakan mereka. Kejayaan mereka melangkau usia.

Anda ada cadangan sekolah mana yang sesuai untuk menjadi Sekolah A+?

3 Kemahiran Pengurusan diperlukan Pendidik A+

Dalam menguruskan kehidupan (life management), amat penting 3 perkara ini:

  1. Kemahiran konsep (conceptual)
  2. Kemahiran kemanusiaan (human)
  3. Kemahiran teknikal (technical)
Konsep ini akan menjadi nyawa kepada apa yang akan dibuat oleh seorang guru. Ia menjelaskan tujuan atau matlamat. Tanpa ilmu dan kemahiran konsep, semua teknik dan manual perlu diberikan kepada guru. Ia akan  menjadikan seorang pendidik itu kurang bermotivasi tahap 3.0. Motivasi tahap 3.0 diperlukan kalau ingin mendidik anak murid bermotivasi 3.0.

Kalau guru bermotivasi tahap 2.0 sahaja, ia akan melahirkan pelajar bermotivasi 2.0 atau 1.0. Perlu dipanggil ramai pakar motivasi untuk menyuntikkan semangat 2.0 atau 3.0.

Maaliki Yaum-Addeen menyeru untuk merancang

Seorang Pendidik A+ akan merancang untuk apa yang akan diajar dalam kelas. Perancangan ini amat biasa di kalangan pendidik, tetapi apakah kaedah perancangan yang digunapakai? Rancang dari nun jauh sana kepada apa yang perlu dibuat sekarang. Apa yang akan diajar dalam kelas akan dicatat. Ada perancangan dan boleh berubah kalau perlu ketika dalam kelas.

Perancangan ini akan menyebabkan sebarang masalah atau kesukaran ditangani dengan lebih bersedia. Pelajar akan ada pelbagai perangai. Namun dengan rancangan, kita tahu bila akan habis kelas, bila sesuai berborak dan bila sesuai menerapkan elemen kesedaran fizikal, intelek, emosi dan spiritual.

Cukupkah berkreatif dalam masa 1 jam mengajar? Atau dalam masa 50 minit? Bergantung kepada perancangan. Kalau sudah dirancang dan ada sistem yang kemas, pelbagai perkara dalam 50 minit dalam dilaksanakan. Malah guru boleh menjadi konsultan sahaja dalam kelas. Bukan mengajar dan memberi segala-galanya.