Subhanallah Effect
Pada akhir program, peserta akan dapat
1. Memahami konsep eureka, wow dan subhanallah effect dalam pendidikan dan latihan samada untuk diri sendiri atau pendidik
2. Mengetahui konsep umum bijak intelek dan bijak emosi untuk cemerlang berteraskan ayat Ulul Albab
3. Menjadikan aktiviti dalam kelas dan bilik latihan yang interaktif dan mampu melonjakkan kebijakan spiritual

Mengapa Subhanallah Effect?
Dalam pendidikan, melonjakkan potensi intelek (IQ) dan emosi (EQ) amat dititikberatkan. al-Quran dengan bekalan tadabbur dan tazakkur memberi kesan secara langsung kepada IQ dan EQ pendidik dan pelajar. Inilah asas menjadi golongan rabbani - yang mengajar dan belajar al-Quran. Golongan ini menjadikan Tuhan sebagai titik fokus dalam berfikir dan berperasaan - tidak diganggu dengan ekstremisme atau melampau batas. Inilah kesan dari pembelajaran dengan nama Tuhan (Iqra' Bismirabbik)
Subhanallah Effect ini berteraskan kepada ayat berikut:
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka. (3:191)
Inilah ciri ulul albab yang dibina daripada ayat ini.
Peranan pendidik ulul albab
Untuk menjadi seorang pendidik yang mampu melonjakkan intelek dan emosi pelajar, si guru perlulah dulu mempunyai kemahiran ulul albab. Ulul albab dimaknai secara ringkas sebagai seorang individu yang mampu memahami sesuatu secara benar dan 'isi bukan kulit'. Kumpulan ini dinyatakan dalam al-Quran sebagai satu kumpulan yang mulia - dengan ciri pada 16 ayat dalam al-Quran.
Isu yang berlaku kini ialah apabila ada pelajar yang tidak mampu berfikir tinggi atau halus akhlaknya. Mengapa jadi begini? Ia perlu diperhatikan kepada siapa pendidiknya.
Pengalaman seorang guru di Kedah yang berkongsi dengan saya: ketika saya memberi latihan kepada seorang guru kaedah berfikir aras tinggi (HOTS) 'anggapkan cikgu sebagai pelajar. Satu hari cikgu sakit. Apakah yang akan cikgu jawab apabila ditanya cikgu kelas "mengapa awak sakit?"
Apakah balasan guru tersebut? "Siapa yang sakit? Banyak soalanlah cikgu!"
Ini balasan seorang guru yang ingin mengajar anak-anak menjadi pemimpin masa depan. Jika ini realitinya, apakah yang boleh diharapkan daripada si anak murid apabila ditanya soalan atau diberikan cabaran?
Sudah tentu CGPA tingginya tidak mampu menyelesaikan sekecil-kecil perkara kerana kemahiran IQ dan EQ yang rendah.
Dengan spiritual, ia akan melonjakkan emosi dan intelek
Dalam hadith ada dinyatakan:

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)
Apa yang boleh difahami di sini? Sihatkan elemen hati yang menjadi lokasi spiritual, ia akan memberi kesan besar kepada intelek dan perasaan si guru dan si anak murid. Kalau jiwa korup dengan dunia dan nafsu, ia pasti akan mengkorupkan intelek dan emosi.
Manakah yang ingin dihasilkan?
Manakah yang ingin dihasilkan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan