Memaparkan catatan dengan label stamina. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label stamina. Papar semua catatan

Isnin, 16 Julai 2012

Stamina Emosi: Apakah skrip Percaya Pendidik A+?


Skrip Percaya ini amat penting untuk difahami dan menjadi sendi kepada kekuatan stamina emosi seseorang.
Bagi penganut agama Islam, percaya atau iman ada 6 perkara:
  1. Percaya kepada Allah
  2. Percaya kepada Malaikat
  3. Percaya kepada Kitab
  4. Percaya kepada rasul
  5. Percaya kepada hari Akhirat
  6. Percaya kepada Qadha Qadar.
Percaya pada 6 perkara ini memberi kesan yang besar.
Natijahnya? Skrip kehidupan sebagai Pendidik A+ akan jadi begini:
  • Saya yakin Allah boleh ubah anak murid saya
  • Saya percaya Malaikat akan sentiasa memberi motivasi kepada saya untuk mendidik anak bangsa
  • Saya percaya panduan mendidik anak murid ini ada dalam Kitab al-Quran
  • Saya percaya panduan untuk menjadi pendidik ini boleh dirujuk kepada Sunnah Rasul
  • Saya percaya usaha saya ini amat berbaloi – tidak semestinya dapat dilihat di dunia ini tetapi juga hingga ke akhirat
  • Saya percaya segala kejayaan saya mendidik ini ditentukan baik buruknya oleh Tuhan
Dengan skrip positif dengan kepercayaan yang tinggi, ia akan menyebabkan seseorang pendidik mampu mempunyai stamina yang amat baik. Ia sebagai aset untuk menjadi pendidik A+. Tanpa skrip ini diulang setiap masa dalam hati masing-masing, ia akan menyebabkan si pendidik akan mudah jatuh tersungkur dari usaha memertabatkan kualiti pendidikan.

Stamina Emosi: Apakah skrip Fokus Pendidik A+?


Salah satu cabaran untuk menjadi Pendidik A+ ialah kerana amat banyak kerja yang perlu dilaksanakan di sekolah. Di rumah ada tugas lain yang menunggu di samping tugas sebagai AJK Kawasan atau pelbagai tugas lain. Bagaimana untuk membina fokus dalam bertindak? Sebelum itu perlu ditanya: pentingkah fokus untuk menjadi pendidik ?
Kisah FOKUS
Berikut ialah satu kisah tentang fokus:
An ancient Indian sage was teaching his disciples the art of archery. He put a wooden bird as the target and asked them to aim at the eye of the bird. The first disciple was asked to describe what he saw. He said, “I see the trees, the branches, the leaves, the sky, the bird and its eye..” The sage asked this disciple to wait. Then he asked the second disciple the same question and he replied, “I only see the eye of the bird.” The sage said, “Very good, then shoot.” The arrow went straight and hit the eye of the bird.
What is the moral of the story?
Unless we focus, we cannot achieve our goal. It is hard to focus and concentrate, but it is a skill that can be learned.
Apakah yang penting tentang FOKUS? Tahu mana yang penting dan utamakan yang penting dahulu pada sesuatu masa. Ia perlukan kemahiran. Berikut ialah antara kemahiran yang perlu ada bagi melonjakkan kemampuan fokus
  • Latihan harian bagi Muslim: solat dengan khusyuk
  • Bina Skrip Fokus dan nyatakannya setiap hari
  • Belajar teknik Pomodoro
  • Belajar bagaimana menjadi Action-Biased
Contoh Skrip Fokus
  • Saya seorang pendidik perlu fokus kepada anak murid saya dalam kelas – bukan FB sahaja :)
  • Saya perlu fokus ketika menanda kerja anak murid saya
  • Saya perlu elakkan multi-tasking yang boleh mennyebabkan saya tidak fokus
  • Jika ada masalah akademik atau akhlak, saya perlu fokus untuk selesaikannya pada masa tertentu. Bukan dibiar begitu sahaja
(bersambung)

Stamina Emosi: Apakah skrip Berjaga-jaga Pendidik A+?


Seorang pendidik perlu berjaga-jaga dan sensitif tentang keperluan seorang anak didik. Bagi ibu bapa di rumah, tahap umur si anak perlu difahami dan sensitif. Bagi setiap tahap si anak, ada ‘pakej’ tumbesaran fizikal, intelek, emosi dan spiritual mereka. Kita sebagai pendidik perlu membantu untuk ia lebih maju ke hadapan.
Dalam masa yang sama kita perlu sedar bahawa tahap kita dan anak didik ini berbeza. Apabila kita sedar dan berhati-hati, ia akan mewujudkan satu stamina kuat dalam emosi diri kita untuk terus melaksanakan 7 tabiat praktikal – sebagai seorang pendidik A+.
Apakah konsep berjaga-jaga? Secara ringkasnya ialah keperluan sebelum dan selepas sesuatu perkara agar perubahan positif berlaku dan dapat diteruskan.
Sebagai contoh, jika seorang pelajar sudah cemerlang pada tahun 2 semester 1, seorang pendidik perlu berjaga-jaga dan sensitif keperluan si anak didik untuk terus cemerlang pada semester seterusnya dengan pelbagai pemboleh ubah yang berlaku:
  • Subjek makin sukar
  • Kawan makin ramai
  • Cabaran makin banyak
  • Guru berubah
  • Suasana berbeza
  • Kehendak dalam diri dan akhlak yang makin tercabar
Apabila seorang pendidik sensitif, ia akan merancang sesuatu yang terbaik untuk anak didiknya melewati masa depan dengan penuh yakin dan berwibawa.
Apakah kemahiran yang diperlukan ?
  • Kemampuan melihat potensi si anak murid
  • Kemahiran coaching dan bertanya kepada si anak murid tentang kejayaan ke hadapan – legasi
  • Kemahiran tazkiah, tilawah dan taalim sebagaimana ditunjukkan oleh Nabi
(bersambung)

Rabu, 22 Februari 2012

Stamina Emosi untuk Pendidik


Apabila seseorang pendidik ingin menjadi Pendidik A+, kemahiran mengoptimumkan EQ amat penting.
Ada 4 elemen dalam EQ:
  1. Kesedaran diri
  2. Kawalan dan motivasi diri
  3. Empati
  4. Hubungan dengan individu lain
Poin 1 & 2 merujuk kepada kemahiran dalam diri pendidik. Ia boleh dilonjakkan dengan memahami Stamina Emosi dalam diri pendidik. Poin 3 dan 4 ialah hubungan dengan pelajar atau anak didik. Ia boleh diringkaskan dengan teknik CASIC.
Apabila seseorang pendidik sudah jelas tentang kaedah Tip of The Iceberg dan Teknik I vs E, maka si pendidik sudah bersedia untuk mengisi masa bersama anak didik dengan elemen E yang optimum.