Isnin, 23 Julai 2012

Kata-kata pujian - kaitan dengan prestasi akademik

Dalam buku yang ditulis oleh Rusli Ahmad dan Abang Ishar Abang Yaman bertajuk "Kata-kata Pujian dan Peningkatan Prestasi Akademik Pelajar", ada dinyatakan tentang 4 kategori kata-kata dari ibu bapa dan guru:

  1. Kata-kata pujian
  2. Kata-kata nasihat (banyak dalam bentuk cadangan) - amar makruf
  3. Kata-kata hikmah
  4. Kata-kata ingatan (banyak dengan perkataan Jangan) - nahi munkar.
Adakah ibu ayah layak memuji sahaja dan disenyapkan kesalahan ? Atau perlu juga diingatkan kesilapan untuk dihindari ? Adakah kesilapan yang belum berlaku atau akan berlaku ?

Kesan kata kesat pada pelajar

Baron dan Byrne menulis dalam Social Psychology pada 2003 dan telah melaksanakan kajian terhadap beberapa kesan kata-kata yang kesat dan kasar terhadap pelajar di Amerika Syarikat. Hasil kajian tersebut mendapati bahawa terdapat tiga kesan yang sangat ketara bagi pelajar-pelajar yang kerapkali mendengar kata-kata kesat dan kasar. Ketiga-ketiga kesan tersebut ialah:

  1. Emosi pelajar bercelaru
  2. Ego berkembang secara melampau 
  3. Rasa keyakinan diri para pelajar menjadi rendah.
Sebagai jalan keluar, Baron dan Byrne mencadangkan agar pelajar-pelajar tersebut kerapkali diberi kaunseling, bimbingan spiritual dan mendengar kata-kata yang mulia. Kata-kata mulia ini diistilahkan dalam al-Quran sebagai qaulan kareema

Jumaat, 20 Julai 2012

Pendidik A+ Tahu Sabar Itu Dipenuhi Pahala

Pendidik biasa merasakan sabar itu aktiviti pasif. Nanti pelajar pijak kepala. Nanti dianggap bacul atau kurang berani. Benarkah begitu ?


Khamis, 19 Julai 2012

Pendidik ingin bergurau ?

Jika pendidik ingin bergurau, pastikan ada unsur berikut: suspen, humor dan TIADA pembohongan. Terima kasih kepada Puan Sofiya yang memperkenalkan pemerhatian ini. Unsur ini boleh kita peroleh dalam hadis berikut:

Rabu, 18 Julai 2012

Antara nilai, pandangan hidup dan kepercayaan

Sebagai seorang Pendidik A+, + itu mewakili kepercayaan. Kepercayaan amat berharga kerana ia nampak sesuatu yang tidak nampak. Seorang yang percaya akan nampak si anak muridnya amat berpotensi walaupun dia sudah digari untuk masuk ke lokap selepas berbuat jenayah. Mengapa hebatnya 'kepercayaan'?

Ketandusan skrip untuk 'acknowledge'

Kemahiran 'acknowledge' atau iktiraf pelajar dalam kelas adalah satu kemahiran yang penting. Namun kekadang seseorang pendidik ketandusan 'idea' untuk memuji. Mengapa jadi demikian ?

Ia ada kaitan dengan nilai Pendidik A+ itu sendiri. Elemen spiritual yang melibatkan 'tujuan' atau purpose amat penting untuk difahami.


Selasa, 17 Julai 2012

Risiko kalau sekolah diisi oleh Pendidik Biasa

Pendidik biasa boleh jadi dalam kategori A,B,C,D atau E. Apa kesan kalau sekolah dipenuhi atau didominasi oleh guru yang biasa?

Pentingnya ada Pendidik A+

Bayangkan apabila anda menghantar anak ke sekolah. Si cikgu menyambutnya dengan senyum biar apa pun keadaan si anak. Ketika saya menghantar anak saya ke tadika, si guru tetap tersenyum menyambut di pintu pagar walaupun anak saya meraung tidak mahu ke sekolah.


Isnin, 16 Julai 2012

Kalau pelajar membaling bola dalam kelas

Apa yang perlu dibuat kalau seorang pelajar membaling bola dalam kelas? Atau berbuat sesuatu yang kita tidak suka di dalam kelas?

Pendidik biasa akan berbuat banyak perkara yang lebih mementingkan diri sendiri. Pendidik A+ akan mengenalpasti bagaimana pelajar itu tidak cedera emosi, dan dalam masa yang sama perlu baiki kesilapan kalau ada. Jika ditanyakan: bukankah pelajar itu sudah mencederakan emosi si guru, maka jawapan ringkas ialah: sebagai seorang pendidik, jiwa perlu besar. Pendidik A+ mempunyai cara pandang kasih sayang. Maka agak sukar untuk rasa cedera emosi - kerana emosi Pendidik A+ penuh dengan ubat kasih sayang. Kasih sayang adalah ubat yang amat baik untuk emosi.

Untuk menghadapi pelajar tersebut, berikut ialah salah satu cadangan. 

Teknik yang boleh digunakan :

Connect: Assalamualaikum
Acknowledge: Fokus kepada kebaikan yang dibuat oleh pelajar atau sisi baiknya. "Kamu suka main bola?" 

Serve: Dengar apa yang ingin dijawab oleh pelajar. Jika beliau terus membetulkan letak duduk di dalam kelas, diamkan sahaja tanpa memanjang-manjangkan isu.
Inquire: Tanya "adakah kamu bermain mengganggu orang lain?"
Choice: Kalau masih berulang banyak kali, berikan pilihan samada perlu buat pertandingan main bola atau jadikan ia sebagai ganjaran setelah belajar atau habis kelas atau semester.

Dengan melaksanakan salah satu elemen dalam CASIC, kita akan 'memberi'. Ia akan mengurangkan kecepatan untuk kita marah. 

Menaikkan estim pelajar


Bagi menaikkan estim pelajar/ anak di dalam atau luar kelas/rumah, ada pelbagai sumber.
1. Sumber fizikal – apabila boleh terlibat dengan permainan, mampu mengumpulkan wang dan mempunyai tubuh yang kuat serta sihat atau ia dihargai kerana menjaga tubuh kesihatan.
2. Sumber intelek – apabila bijak dalam akademik atau menyelesaikan sesuatu masalah atau ia dipuji kerana bijak akademik.
3. Sumber emosi -apabila ia berakhlak mulia di sekolah atau rumah. Atau ketika ia dipuji atas akhlak mulia.
4. Sumber spiritual – apabila ia berdoa dan didoakan. Sumber ini jarang didiskusikan kerana ia tidak nampak. Namun para pendidik yang tinggi spiritualnya mampu memberi kesan dengan membanyakkan doa. Doa ibu bapa jarang tertolak.

Bagaimana untuk ‘balance’ antara intelek dan emosi (I vs E)


Apabila kita sedar kita perlu ‘balance’ antara I dan E, kita mungkin akan mengambil pendekatan: kendurkan I. Namun sebenarnya intelek atau daya fikir kita diseru untuk dioptimumkan dalam kehidupan seharian. Jadi kalau I optimum, E juga perlu dioptimumkan agar ia seimbang.
Antara cabaran menyeimbangkan I dan E ialah kerana I amat rasional dan E tidak rasional.

Stamina Emosi: Apakah skrip Percaya Pendidik A+?


Skrip Percaya ini amat penting untuk difahami dan menjadi sendi kepada kekuatan stamina emosi seseorang.
Bagi penganut agama Islam, percaya atau iman ada 6 perkara:
  1. Percaya kepada Allah
  2. Percaya kepada Malaikat
  3. Percaya kepada Kitab
  4. Percaya kepada rasul
  5. Percaya kepada hari Akhirat
  6. Percaya kepada Qadha Qadar.
Percaya pada 6 perkara ini memberi kesan yang besar.
Natijahnya? Skrip kehidupan sebagai Pendidik A+ akan jadi begini:
  • Saya yakin Allah boleh ubah anak murid saya
  • Saya percaya Malaikat akan sentiasa memberi motivasi kepada saya untuk mendidik anak bangsa
  • Saya percaya panduan mendidik anak murid ini ada dalam Kitab al-Quran
  • Saya percaya panduan untuk menjadi pendidik ini boleh dirujuk kepada Sunnah Rasul
  • Saya percaya usaha saya ini amat berbaloi – tidak semestinya dapat dilihat di dunia ini tetapi juga hingga ke akhirat
  • Saya percaya segala kejayaan saya mendidik ini ditentukan baik buruknya oleh Tuhan
Dengan skrip positif dengan kepercayaan yang tinggi, ia akan menyebabkan seseorang pendidik mampu mempunyai stamina yang amat baik. Ia sebagai aset untuk menjadi pendidik A+. Tanpa skrip ini diulang setiap masa dalam hati masing-masing, ia akan menyebabkan si pendidik akan mudah jatuh tersungkur dari usaha memertabatkan kualiti pendidikan.

Stamina Emosi: Apakah skrip Fokus Pendidik A+?


Salah satu cabaran untuk menjadi Pendidik A+ ialah kerana amat banyak kerja yang perlu dilaksanakan di sekolah. Di rumah ada tugas lain yang menunggu di samping tugas sebagai AJK Kawasan atau pelbagai tugas lain. Bagaimana untuk membina fokus dalam bertindak? Sebelum itu perlu ditanya: pentingkah fokus untuk menjadi pendidik ?
Kisah FOKUS
Berikut ialah satu kisah tentang fokus:
An ancient Indian sage was teaching his disciples the art of archery. He put a wooden bird as the target and asked them to aim at the eye of the bird. The first disciple was asked to describe what he saw. He said, “I see the trees, the branches, the leaves, the sky, the bird and its eye..” The sage asked this disciple to wait. Then he asked the second disciple the same question and he replied, “I only see the eye of the bird.” The sage said, “Very good, then shoot.” The arrow went straight and hit the eye of the bird.
What is the moral of the story?
Unless we focus, we cannot achieve our goal. It is hard to focus and concentrate, but it is a skill that can be learned.
Apakah yang penting tentang FOKUS? Tahu mana yang penting dan utamakan yang penting dahulu pada sesuatu masa. Ia perlukan kemahiran. Berikut ialah antara kemahiran yang perlu ada bagi melonjakkan kemampuan fokus
  • Latihan harian bagi Muslim: solat dengan khusyuk
  • Bina Skrip Fokus dan nyatakannya setiap hari
  • Belajar teknik Pomodoro
  • Belajar bagaimana menjadi Action-Biased
Contoh Skrip Fokus
  • Saya seorang pendidik perlu fokus kepada anak murid saya dalam kelas – bukan FB sahaja :)
  • Saya perlu fokus ketika menanda kerja anak murid saya
  • Saya perlu elakkan multi-tasking yang boleh mennyebabkan saya tidak fokus
  • Jika ada masalah akademik atau akhlak, saya perlu fokus untuk selesaikannya pada masa tertentu. Bukan dibiar begitu sahaja
(bersambung)

Stamina Emosi: Apakah skrip Berjaga-jaga Pendidik A+?


Seorang pendidik perlu berjaga-jaga dan sensitif tentang keperluan seorang anak didik. Bagi ibu bapa di rumah, tahap umur si anak perlu difahami dan sensitif. Bagi setiap tahap si anak, ada ‘pakej’ tumbesaran fizikal, intelek, emosi dan spiritual mereka. Kita sebagai pendidik perlu membantu untuk ia lebih maju ke hadapan.
Dalam masa yang sama kita perlu sedar bahawa tahap kita dan anak didik ini berbeza. Apabila kita sedar dan berhati-hati, ia akan mewujudkan satu stamina kuat dalam emosi diri kita untuk terus melaksanakan 7 tabiat praktikal – sebagai seorang pendidik A+.
Apakah konsep berjaga-jaga? Secara ringkasnya ialah keperluan sebelum dan selepas sesuatu perkara agar perubahan positif berlaku dan dapat diteruskan.
Sebagai contoh, jika seorang pelajar sudah cemerlang pada tahun 2 semester 1, seorang pendidik perlu berjaga-jaga dan sensitif keperluan si anak didik untuk terus cemerlang pada semester seterusnya dengan pelbagai pemboleh ubah yang berlaku:
  • Subjek makin sukar
  • Kawan makin ramai
  • Cabaran makin banyak
  • Guru berubah
  • Suasana berbeza
  • Kehendak dalam diri dan akhlak yang makin tercabar
Apabila seorang pendidik sensitif, ia akan merancang sesuatu yang terbaik untuk anak didiknya melewati masa depan dengan penuh yakin dan berwibawa.
Apakah kemahiran yang diperlukan ?
  • Kemampuan melihat potensi si anak murid
  • Kemahiran coaching dan bertanya kepada si anak murid tentang kejayaan ke hadapan – legasi
  • Kemahiran tazkiah, tilawah dan taalim sebagaimana ditunjukkan oleh Nabi
(bersambung)

Tabiat Praktikal: ‘Connect’ dengan anak murid


Tabiat pertama yang perlu diusahakan oleh setiap pendidik ialah ‘Connect’.
Dalam Surah al-Fatihah, ‘connect’ dikaitkan dengan ayat pertama.
Maksudnya: “Dengan nama Allah Yang maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.”
Ada beberapa perkara yang perlu difahami berhubung ‘Connect’ secara spiritual untuk menguatkan emosi:
  • Setiap individu perlu berhubung dengan Tuhan untuk mendapatkan pertolongan
  • Meminta pertolongan dari Tuhan sepatutnya amat natural, lebih mudah dari membaca dengan nama Tuhan
  • Ketika pelbagai masalah melanda, boleh diseru nama Tuhan yang banyak . Tuhan adalah Maha Esa
  • Jika tidak pasti banyak nama yang ada, beri perhatian kepada Maha Pemurah dan Maha Penyayang
  • Setiap individu perlu melaksanakan peraturan sains (sunnatullah) dan peraturan syariat (syariatullah)
Apabila seseorang mempunyai ‘connection’ secara spiritual yang baik, ia akan memberi kesan kepada hubungan dengan anak murid atau anak yang dididik:
  • Ketika berhubung dengan anak murid, pendidik akan memohon pertolongan dari Tuhan
  • Pendidik akan bersifat amat natural berhubung dengan pelajar dengan kekuatan emosi datang dari Yang Maha Esa
  • Jika ada masalah berlaku pada pelajar, pendidik boleh menyeru kepada mana-mana nama Tuhan untuk merasakan lebih dekat dan relevan dalam menyelesaikan pelbagai masalah
  • Jika tidak pasti, asas ketika berhubung dengan anak didik ialah dengan kasih dan sayang.
  • Ketika berinteraksi dengan pelajar atau anak didik, perkara berikut perlu diambil kira: sunnatullah dan syariatullah.
Dengan semua perkara di atas, seorang pendidik akan berhubung ‘skala tinggi’ ketika bersama dengan anak muridnya. Ini disebabkan Tuhan memuliakan pendidik, maka pendidik juga perlu muliakan si anak murid. Bagaimana untuk berhubung dengan skala tinggi ? Aspek fizikal, intelek, emosi dan spiritual dioptimumkan.

Selepas Pendidik A+ Siri 1 dan 2


Alhamdulillah program Pendidik A+ Siri 1 dan Siri 2 sudah selesai dilaksanakan.
  1. Siri 1 pada 2 Jun 2012 – berbincang secara umum 3 item
    • Pendidik A+ Suka Bercerita
    • Pendidik A+ Banyak Projek
    • Pendidik A+ Suka Memberi
  2. Siri 2 pada 14 Julai 2012 – berbincang secara fokus kepada memahami Pendidik A+ & Pendidik Biasa serta Skrip Iktiraf
Apakah pemerhatian yang diperoleh dalam dua siri program ini ?

24 Domain seorang Pendidik

Apakah domain atau aspek yang perlu dikuasai oleh seorang penddik ?

Sudah tentu untuk menjadi seorang pendidik, perkara berikut perlu difahami.

Beza Pendidik Biasa dan Pendidik A+

Untuk memahami bagaimana beza pendidik biasa dan pendidik A+, berikut ialah ciri umum menggunakan teknik MasterPIES:

A+ : Tinggi PIES
A: Tinggi I dan E
B: Rendah E, Tinggi E
C: Tinggi I, Rendah E
D: Rendah I, Rendah E
E: Hanya menggunakan P

Pengenalan

Blog ini akan mengetengahkan teknik bagaimana menjadi seorang Pendidik A+.

Apa beza antara Pendidik A+ dan Pendidik biasa?

Selain daripada Pendidik A+, ada pendidik kategori A, B, C, D dan E. Pendidik biasa ialah selain daripada A+.

Ada 24 domain yang akan dibincangkan dalam menjadi Pendidik A+.
Rangka kasar bagaimana untuk menjadi Pendidik A+ ialah:


  1. Pendidik A+ Suka Bercerita
  2. Pendidik A+ Banyak Projek
  3. Pendidik A+ Suka Memberi