Apabila seseorang pendidik ingin menjadi Pendidik A+, kemahiran mengoptimumkan EQ amat penting.
Ada 4 elemen dalam EQ:
- Kesedaran diri
- Kawalan dan motivasi diri
- Empati
- Hubungan dengan individu lain
Poin 1 & 2 merujuk kepada kemahiran dalam diri pendidik. Ia boleh dilonjakkan dengan memahami Stamina Emosi dalam diri pendidik. Poin 3 dan 4 ialah hubungan dengan pelajar atau anak didik. Ia boleh diringkaskan dengan teknik CASIC.
Apabila seseorang pendidik sudah jelas tentang kaedah Tip of The Iceberg dan Teknik I vs E, maka si pendidik sudah bersedia untuk mengisi masa bersama anak didik dengan elemen E yang optimum.
Stamina Emosi
Bagi melaksanakan 7 tabiat praktikal yang diterangkan oleh kaedah CASIC, setiap pendidik perlu memahami juga apakah yang melonjakkan stamina emosi. Kekuatan emosi diri amat penting untuk melaksanakan tabiat praktikal dengan baik. Jika stamina emosi ini tidak dijaga dengan baik, ia akan menyebabkan kita cepat letih melayan anak murid kita. Inilah dialog yang berlaku apabila stamina tidak dijaga dari semasa ke semasa:
- Boleh ke percaya budak ini boleh berubah ? Sudah ramai cikgu yang berusaha. Ayah emak dia pun tidak mampu mengubahnya.
- Saya tidak mampu untuk fokus pada anak murid saya yang nakal ini. Saya banyak kerja lain di sekolah dan di rumah.
- Buang masa sahaja melayan kelas corot atau belakang ini.
- Kalau saya berusaha keras tetapi orang lain tidak, macam mana ingin berubah.
- Kalau si budak ini sendiri tidak mahu berubah, boleh kah berubah?
- Dia memang sudah gagal. Susah untuk bawakan kejayaan untuk dirinya.
- Asyik buat masalah sahaja
- Dia dungu. Tiada harapan
- Mereka bukan anak saya. Saya ajar sahaja di kelas. Kalau nak pandai, pandailah dia. Saya tetap dapat gaji.
- Tidak perlu saya kisah lebih-lebih. Saya pun ada anak atau pasangan yang saya kena jaga.
- Letih saya untuk melaksanakan tugas ini.
Untuk menangani pelbagai isu di atas, ada 7 prinsip untuk menguatkan stamina emosi:
- Prinsip Percaya
- Prinsip Fokus
- Prinsip Ya Tidak
- Prinsip Pembersihan
- Prinsip Pasangan
- Prinsip Tanggungjawab
- Prinsip Berjaga-jaga
(bersambung)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan