Isnin, 2 Januari 2012

Tip dari Quran: Berpaling dari orang bodoh sikap atau E


Bodoh dikaitkan dengan I yang rendah. Apabila ada individu yang rendah ilmunya mengganggu kita, kita digalakkan untuk berpaling. Berpaling ini ialah tindakan E yang tinggi. Jika E rendah, kita akan cuba untuk membalas dendam kebodohan yang ada atau cuba bercakap dengan individu tersebut. Kesannya ? Kerana asal orang itu bodoh, kita akan bercakap dengan orang bodoh. Ia sudah tentu sukar.
(7: 199) …. serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya).
Sebagai contoh, kalau dua orang pelajar bergaduh dan A merasakan B salah, A boleh menegur. Namun jika B tidak sedar dia salah malah makin memberontak atas tindakan yang dirasakan betul, A ada pilihan untuk membalas menggunakan I atau E. Kalau I yang tinggi, A akan bergaduh dan berhujah. Kalau E yang tinggi digabungkan dengan I yang tinggi, A boleh berpaling atau menjauhi B seketika. Biarkan. Kerana ini akan meredakan ketegangan dan menjauhkan bahaya B kepada A.

Menurut Syeikh Muhammad al-Uthaimin dalam Syarah riadhus Solihin Jilid 2 halaman 714, yang dimaksudkan dengan bodoh atau jahil ini ialah orang yang yang tidak tahu hak-hak orang lain dan bersikap semborono berkenaan dengan hal itu (E). Namun jika seseorang tidak tahu hukum, maka ini dikategorikan sebagai I – maka orang begini masih diberi peluang. Ini bertepatan dengan firman Allah:
4:17 Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Kesan sebagai pendidik
  1. Jika sesama pelajar, perlu diajar agar mereka membalas dengan E yang optimum jika ada kawan yang buat perkara berikut yang membuktikan E mereka rendah atau jahil:
    • Ejek
    • Kutuk
    • Menghina
    • Mengumpat
    • Fitnah
    • Adu domba
    • Gaduh
    • Maki emak atau ayah
  2. Jika contoh tindakan pelajar yang menunjukkan E rendah pada guru, si pendidik perlu membalas dengan E max positif iaitu berpaling. Contoh E rendah pada pelajar dalam kelas:
    • Tidak hormat guru
    • Tidak memberi perhatian
    • Tidak bersemangat datang kelas
  3. Jika kita berpaling dari pelajar tersebut, apa kesan pada pelajar tersebut ? Kita boleh tinggalkan dia sekejap atau kita fokuskan kepada kebaikan pada diri beliau atau rakan-rakan di sekeliling.Berpaling ini ialah disacknowledge E rendah beliau. Namun masih ada perkara lain yang boleh dibuat seperti serve, inquire atau choice.Yang perlu diperhatikan ialah bagaimana ‘berpaling itu’ menunjukkan kita sedar beliau perlukan bantuan. Jika kita amat marah dan mempersoalkan E rendah beliau, ia akan menyebabkan kita tidak mampu untuk serve, inquire atau memberi choice kepada individu tadi dengan baik. ‘Disacknowledge’ nilai E rendah ini akan memberi semangat kepada kita bahawa kita perlu memberi E yang tinggi pada pelajar tersebut.
  4. Jika I mereka rendah, ia perlu dibalas dengan E dan I maksimum iaitu mengajar atau menunjuk ajar dengan penuh hemah. Contoh I rendah :
    • Tidak tahu jawab soalan M3
    • Salah menjawab soalan
    • Silap menjawab kertas peperiksaan
Apa akan berlaku kepada individu yang tinggi atau positif E membalas kepada I dan E rendah? E rendah akan rasa letih dan tidak mahu lagi untuk berbuat buruk. Malah kalau dipuji bab baik, E buruk itu akan hilang juga akhirnya.
Ini ditunjukkan dalam sunnah Nabi.
Sunnah Nabi tentang berpaling dari bodoh sikap 
“Sesungguhnya dalam dirimu terdapat dua hal yang sangat dicintai oleh Allah; kesabaran dan ketenangan.” (Diriwayatkan Muslim)
“Sesungguhnya Allah itu tenang dan suka ketenangan dalam segala urusan.” (Muttafaq Alaih)
“Tidaklah kelembutan itu berada pada sesuatu, melainkan memperindahkannya, dan tidaklah hilang dari sesuatu, melainkan menambah keburukannya.” (Diriwayatkan Muslim)
Bukti I perlu dijaga elok-elok dan tidak terburu-buru dalam membuat penilain boleh dirujuk pada hadis berikut:
“Cukup menjadikan seseorang sebagai pendusta dengan membicarakan segala apa yang ia dengar.”
Peristiwa secara langsung yang menunjukkan Nabi berpaling daripada bodoh sikap dan memberi fokus kepada bodoh intelek ialah seperti peristiwa berikut:
Kisah Badwi Kencing dalam Masjid: “Ketika kami berada di masjid bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, tiba-tiba datang seorang Arab Badwi lalu berdiri untuk kencing di masjid. Para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengertaknya, tetapi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Janganlah kamu memutuskannya, biarkan dia selesai kencing terlebih dahulu.” Maka mereka (para sahabat) membiarkan orang tersebut sehingga dia selesai kencing. Setelah itu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun menasihatinya, “Sesungguhnya masjid ini tidak boleh digunakan untuk kencing dan kekotoran, masjid adalah tempat untuk zikir, solat, dan membaca al-Qur’an.” Atau sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang sesuai. Setelah itu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memerintahkan seseorang untuk mengambil satu baldi air dan menyiramnya.” (Hadis Riwayat Muslim, 2/133, no. 429) Respon Badwi tersebut ? “Ya Allah, sayangilah aku dan muhammad, dan jangan Engkau sayangi orang lain bersama kami berdua.
Secara automatik, sahabat ingin membalas kerana menurut mereka, ini tidak baik dan tidak betul. Ini respon automatik bagi yang menggunakan I tinggi dan E rendah. Apabila Rasul menyelesaikan isu ini, Nabi memahami kesan kalau disergah (I tinggi)  dan memberi peluang serta belas kepada badwi tersebut (E tinggi ). Malah Rasul memohon sahabat membersihkan kencing tersebut sebagai tanda kasih sayang kepada si Badwi (E yang tinggi). I yang tinggi dengan E rendah akan menyebabkan Nabi mungkin menyuruh Badwi tersebut bersih sendiri dan dimarah-marahnya kerana ‘mengapalah dungu sangat’.
Kisah di Taif- Suatu hari Aisyah pernah bertanya kepada Rasulullah, ‘’Wahai Rasulullah, pernahkah engkau mengalami hari yang lebih buruk dari Perang Uhud?’’ Rasulullah menjawab, ‘’Suatu hari aku pernah menemui kaum yang sangat kejam yang belum pernah aku temui, yaitu hari di mana aku menemui kaum kampung aqobah (di Thaif), ketika aku ingin menemui (untuk meminta perlindungan, sekaligus menyebarkan islam) Ibnu Abi Yalil bin Abdi Kulal (salah satu pembesar di Thaif), tetapi dia tidak memenuhi keinginanku, lalu aku pulang dalam keadaan wajahku berdarah (karena perlakuan warganya yang melempaliranya dengan batu). Ketika aku berhenti di Qarnul Tsa’alib (Miqat Qarnul Manajil), aku melihat ke atas dan awan memayungiku sehingga aku merasa teduh. Lalu, aku melihat Jibril memanggilku, seraya berkata: ‘’Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan (hinaan) kaummu dan penolakan mereka kepadamu. Allah telah mengutus malaikat penjaga gunung terhadapmu.’’‘’Ya Muhammad,’’ sahut malaikat penjaga gunung. ‘’Jika engkau mau supaya aku melipatkan Akhsyabain (dua gunung di Makkahm, yaitu gunung Abi Qubaisy dan gunung yang menghadapnya) ini di atas mereka, niscaya akan aku lakukan.’’ Namun, Rasulullah SAW malah berdoa (tidak ada sedikit pun keinginan untuk membalasnya). Bahkan, aku berharap mudah-mudahan Allah mengeluarkan dari tulang rusuk mereka (keturunan) yang menyembah Allah yang Esa dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun (HR Bukhari Muslim).
Apa jadi kalau menggunakan I tinggi (membalas) dan E yang rendah (tidak belas kasihan)? Dihempapkan sahaja gunung apabila ada orang mengacau atau meremehkan kita. Namun Rasul memandang cara pandang jauh. Cara pandang jauh memerlukan emosi yang tinggi.
Selendang Nabi ditarik dan Leher Terbekas - Anas ra berkata: “Saya pernah berjalan bersama Rosulullah saw, beliau mengenakan selimut buatan Najran yg tebal pinggirnya, tiba2 beliau didatangi oleh seorang badui lalu dia menarik selendang beliau dengan keras sekali. Maka saya lihat leher Nabi saw (bagian samping) telah lecet oleh pinggiran selimut yang ditarik dengan keras itu, kemudian berkata: “Hai Muhammad berikanlah kepadaku dari harta ALLAH yg ada padamu”. Maka Beliau menoleh kepadanya sambil tersenyum kemudian beliau memerintahkan (orang yg bersama beliau) untuk memberinya” (HR Bukhari Muslim)
Apa jadi kalau Nabi membalas dengan I tanpa E yang tinggi? Nabi akan menggunakan semua sumber untuk balas. Namun kerana Nabi berpaling dari sikapnya yang buruk tetapi membalasnya dengan akhlak dan teknik yang baik (E yang tinggi dan I yang tinggi), ia membuktikan Rasul amat hebat dari akhlaknya dan wajar dicontohi.
Nabi Tidak memukul -Dari Aisyah, ia berkata, “Rasulullah tidak pernah menggunakan tangannya untuk memukul sesuatu apa pun. Tidak pernah memukul seorang wanita atau seorang pembantu kecuali jika beliau sedang berjihad di jalan Allah. Dan beliau tidak pernah diganggu orang lain lalu membalas pelakunya. Kecuali jika membuat kerosakan sebahagian dari hukum-hukum Allah, maka beliau membalas demi Allah.” (Riwayat Muslim)
Bagaimana menghadapi seseorang yang menyebabkan kita marah akibat bodoh sikap atau tidak menghargai hak kita ? Kita boleh membalas, tetapi berpaling adalah lebih baik. Kalau individu itu tidak tahu, wajar untuk kita berhubung dan berkomunikasi dengan baik.
Moga-moga kita akan berpaling dari individu yang bodoh sikap tetapi tidak berpaling daripada individu yang bodoh intelek.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan