Ketika saya melaksanakan program Pemikiran Kreatif dan Penyelesaian Masalah di UKM, seorang pensyarah menyatakan "Saya seronok dalam program ini kerana ada unsur pertandingan. Ada had masa. Ada hadiah." Saya tersenyum.
Apa yang saya praktikkan ialah konsep dalam 'gamification'. Ramai suka main game samada di Ipad, laptop, TV dan alat lain. Teori tentang ini ialah gamification. Kalau seorang pendidik tahu teori dan bagaimana mempraktikkan teori ini dalam kelas, ia pasti akan menyeronokkan.
Salah satu buku yang saya kaji sekarang berkaitan konsep ini ialah Fun Inc. Saya mencari pendidik yang sudi belajar bersama kemahiran ini.
Rabu, 10 Oktober 2012
Program di SMI Al-Amin Bangi percuma 2 jam
Atas kesudian pendidik di SMI Al-Amin Bangi mengisi borang survey dari pihak kami, program pertama percuma 2 jam akan dilaksanakan di sekolah tersebut pada 11 Okt 2012. Tahniah pendidik SMI Al-Amin. Ia menampakkan kesungguhan anda untuk menjadi Pendidik A+ dan mendidik anak bangsa dengan teknik yang hebat.
Langgan:
Catatan (Atom)