Rabu, 10 Oktober 2012

'Gamification' dalam mengajar

Ketika saya melaksanakan program Pemikiran Kreatif dan Penyelesaian Masalah di UKM, seorang pensyarah menyatakan "Saya seronok dalam program ini kerana ada unsur pertandingan. Ada had masa. Ada hadiah." Saya tersenyum.

Apa yang saya praktikkan ialah konsep dalam 'gamification'. Ramai suka main game samada di Ipad, laptop, TV dan alat lain. Teori tentang ini ialah gamification. Kalau seorang pendidik tahu teori dan bagaimana mempraktikkan teori ini dalam kelas, ia pasti akan menyeronokkan.

Salah satu buku yang saya kaji sekarang berkaitan konsep ini ialah Fun Inc. Saya mencari pendidik yang sudi belajar bersama kemahiran ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan