Kelas adalah sesi intelektual. Ada maklumat dan ilmu yang akan disampaikan. Ia ruang untuk mendidik pelajar. Sekitar 50 minit - 1 jam.
Dalam masa yang sama, ia bukan sekadar 'kering' dengan intelektual. Ia perlu dibasahi dengan emosi yang baik. Ini disebabkan berlaku interaksi antara individu. Antara pendidik dan pelajar.
Makin banyak elemen emosi yang dipasakkan, makin efisien sistem pendidikan yang dilaksanakan dalam kelas.
Jika di rumah seorang pendidik ialah seorang ibu atau ayah yang sarat dengan nilai emosi, di kelas, si pendidik perlu mengehadkan masa untuk berinteraksi. Kemahiran mendidik dalam masa 1 jam berbeza dengan kemahiran seorang jurulatih yang mengajar dalam masa 1 hari. Di rumah boleh mendidik dalam timeline atau garis masa yang tidak urgent.
Apabila seorang pendidik belajar kemahiran mengajar dengan elemen intelektual dan emosi, ia akan mampu melonjakkan kesan pendidikan dalam kelas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan