Khamis, 31 Januari 2013

Apabila anak murid 'mabuk' dan tidak buat kerja rumah

Dalam sesebuah kelas, ada pelajar yang siap homework. Ada yang siap kerja diskusi. Ada yang senyap. Ada yang terpinga-pinga. Ada yang asyik blur atau blank.

Itu adalah soalan dari anak murid tanpa kata. Mereka tidak tahu apa yang terbaik untuk dilaksanakan.

Baru ini, ketika saya masuk kelas selepas 5 hari bercuti, tiada seorang pun yang membuat kerja rumah yang diberikan. Mereka syok bercuti.

Jika ingin didenda, ia mungkin kebiasaan guru di sekolah.

Namun tidak buat kerja rumah bukan kesalahan fatal dalam al-Quran as-Sunnah.


Berbincang

Saya berbincang untuk aknowledge masalah pelajar.

Awalnya kelas senyap. Mereka bimbang dan 'takut' kerana sudah buat silap. Saya tidak biarkan. Saya lantas jelaskan hadith Nabi.

Kata hadith Nabi, katakanlah 'aku beriman kemudian istiqamah'.

Untuk terus mampu istiqamah menjadi pelajar yang menjalankan amanah dari iman yang diakui, ada 2 syarat. Syarat pertama untuk terus mampu berdiri ialah gegendang separuh bulat stabil (fizikal) dan akal waras (intelek, emosi dan spiritual). Kalau akal tidak waras, itu tandanya ada 'mabuk'.

Mereka 'mabuk' dengan cuti.

Pelajar mula bersuara. Mereka berkongsi 'mabuk' mereka.

Ada yang 'mabuk' dengan mandi di Lost World of Tambun.
Ada yang 'mabuk' dengan duit kerana 1 jam menjadi anak kecil, dapat RM 50.
Ada yang 'mabuk' dengan video game.



Semua 10 pelajar saya ada 'mabuk' masing-masing. Jadi mereka tidak peka dan mula leka dari menyiapkan kerja rumah.

Dengan berbincang dan bertanya sambil mendengar jawapan mereka, saya berkongsi bahawa semua orang memang boleh 'mabuk' kalau tidak berhati-hati dengan apa yang dilaksanakan seharian. Apatah lagi waktu cuti panjang.

Saya yakin kalau jenis-jenis 'mabuk' ini diperhatikan dan diwaspadai, anak pelajar ini akan mampu menyiapkan kerja rumah mereka dengan baik.

Selepas itu saya mulakan kelas dengan berbincang isi kerja rumah yang perlu mereka selesaikan. Mereka tetap kena buat. Cuma ia dibincangkan dan diambil masa panjang sedikit. Dan kerja rumah baru saya berikan lagi.

Saya akan perhatikan apakah kesannya hari ini. Adakah mereka menyiapkannya selepas sedar 'mabuk' itu perlu diwaspadai. Yang pasti, pelajar tetap naik estimnya walaupun selepas buat silap. Saya tetap perlu tegas, namun tidak mendenda tidak tentu pasal atau tiada pelajaran yang mereka peroleh dari 'data kesilapan' mereka.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan