Berfikir adalah seruan dalam Surah Ali Imran --------------------------------------------- Dalam al-Quran, ada 18 kali Allah menggunakan perkataan yang berkaitan fikir. Sekali sahaja dalam bentuk fakkara, selebihnya dalam bentuk tafakkur. Apa maksudnya? Ada beza antara fikir dan tafakur. Tafakur yang ditekankan dalam al-Quran ialah satu proses yang mendalam dan ada kemahirannya. Ia bukan sekadar fikir biasa. Malah apabila kita merujuk kepada istilah Ulul Albab (orang yang mempunyai akal sempurna atau 'get the point'), ada 16 ayat dalam al-Quran berkaitan topik ini. Salah satunya ialah pada Surah ali Imran ayat 190-191. 190. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal; 191. (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka. Apakah isi utama dalam ayat di atas? Zikir & fikir perlu diselaraskan untuk menjadi orang yang akal sempurna. Apabila seorang pendidik berfikir dengan konsep tafakur dalam ayat di atas, pasti ia akan memberi banyak manfaat kepada anak murid dalam kelas.
Selasa, 19 Ogos 2014
Berfikir adalah seruan dalam Surah Ali Imran
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan