Selasa, 19 Ogos 2014

CoRT untuk Pendidik Kreatif Berfikir

Pernah tengok cerita Spiderman? Apakah kelebihan beliau? Boleh memanjat dinding tanpa tangga. Namun bolehkah kita berbuat demikian? Ia hanya dalam filem. Paling hebat pun seorang manusia boleh memanjat pokok kelapa, tetapi bukan memanjat dinding.



Tangga ialah 'tool' atau alat untuk berbuat sesuatu. 

Semalam kita berbincang istilah tafakkur. Ia adalah berfikir secara mendalam. Perlukan teknik atau kaedah tertentu untuk mencapai tujuan akal kita dijadikan. Kalau tiada teknik, ia mungkin boleh berlaku tetapi sekali-sekala - seperti Spiderman atau pemanjat pokok  kelapa. Tapi kalau kita tidak pandai panjat pokok kelapa sekalipun, tangga ada untuk membantu kita memetik pokok kelapa. Teknik ialah tangga. Dalam berfikir, salah satu 'tangga' tersebut ialah CoRT (Cognitive Research Trust) yang diperkenalkan oleh Edward de Bono.

Apa itu CoRT

Secara ringkas, ada 58 alat untuk berfikir dalam CoRT. Ia adalah kajian lama. Ada pelbagai kegunaan. Salah satu ialah untuk melatih pemikiran kita kreatif di samping mengenalpasti beberapa ciri dalam berdebat dan menentukan kebenaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan