Kategori Fizikal
- Selalu bergerak-gerak
- Jika menggunakan kaedah VAKOG, semua deria diambil kira ketika berinteraksi tersebut.
Kategori Intelek
- Akan terus komen atas komen
- Mengeluh dan menyatakan tiada penyelesaian pasal 'saya sudah buat semuanya'
- Amat yakin dengan jawapan dengan jawapan diri sendiri
- Cepat menyalahkan orang lain
- Banyak komen atau mencelah
Kategori Emosi
- Tidak yakin dengan diri sendiri
- Cepat mengalah atau mudah sangat memohon pertolongan dari penceramah atau motivator
Bagaimana respon semua perkara tersebut ?
Asasnya PAUSE. Kalau seseorang dominan bahagian fizikal, berikan waktu rehat atau dapatkan makanan yang sesuai atau ruang senaman atau jungle trekking. Ini akan melegakan.
Kalau aspek Intelek, PAUSE boleh dilaksanakan dengan memberi SENYUM dan 'iakan' apa yang dinyatakan. Dalam minda kita tahu bahawa membuktikan I dengan I tidak akan menyelesaikan banyak masalah. Biarkan dan kemudian tanya dengan sesuatu yang bersifat praktikal atau serahkan kepada orang ramai yang menjadi sumber Emosi.
- Puan sudah buat pada semua orang ? Berapa ramai ? Berapa kali ? (Ini akan divertkan fokus emosi yang berasaskan intelek tanpa asas kepada intelek yang berfakta dan berasas)
- Bagaimana dengan puan yang lain pula ? Ada masalah yang sama atau ada cadangan penyelesaian ? (Ini boleh dilakukan kalau ada orang lain )
Kalau aspek Emosi, coach beliau agar menuju kepada KEJAYAAN.
- Jadi puan ingin kejayaan ? Atau masih merasakan diri tidak mampu mengecap kejayaan ?
Kalau hal ini diambil kira oleh seorang pendidik kepada anak muridnya juga, banyak masalah selesai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan