Selasa, 7 Ogos 2012

Tegur tetapi tidak nampak seperti tegur


Hadith tegur nama
Abu Shurayh Haani’ ibn Yazeed said:
“A delegation of people came to the Prophet (peace
and blessings of Allaah be upon him) and he heard
them calling one of them Abd al-Hajar (“slave of the
stone”). He asked him, (What is your name?’ He
said, ( (Abd al-Hajar.’ The Messenger of Allaah
(peace and blessings of Allaah be upon him) said,
(No, you are (Abd-Allaah (slave of Allaah).’” (Reported
by al-Bukhaari in al-Adab al-Mufrad, no. 813.
Al-Albaani said in Saheeh al-Adab al-Mufrad that it
is saheeh, no. 623).
Dalam hadith di atas, ada beberapa perkara yang penting:
  1. Rasul bertanya untuk menentukan info dan ‘pause’ sebentar sebelum membuat keputusan.
  2. Rasul katakan ‘tidak’ lantas terus diberikan alternatif kepada nama yang kurang bagus. Tidak dinyatakan ‘nama awak tidak bagus’, tetapi terus diberi alternatif.
Oleh itu, untuk menegur sesuatu yang tidak betul, siasat fakta sebenar (inquire) dan kemudian beri pilihan (choice) yang mengiktiraf. Ini akan menaikkan estim pendengar.

Sebagai contoh, pelajar buat bising.
Inquire: Kamu ada masalahkah ?
Choice: Tidak, kamu tentu ada sesuatu yang penting yang dibincangkan.
Contoh lain: Pelajar menjawab silap dengan jawapan A
Inquire: Kamu maksudkan jawapan A kah ?
Choice: Tidak, pasti kamu inginkan jawapan tepat iaitu B.
Dengan bertanya, banyam manfaat yang diperoleh oleh si pendidik:
  • Si pendidik dapat menarik perhatian
  • Si pendidik akan menguji keyakinan si pelajar untuk jawapan yang diberikan
  • Si pendidik boleh memasukkan perspektif lama kepada perspektif baru dalam diri pelajar dengan teknik choice.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan