- Dalam soal selidik tersebut, A+ dikaitkan dengan skor 14-15 manakala A dikaitkan dengan skor 12-13. Di bawah 12, ia dikategorikan antara B,C,D dan E (tidak diberi kepada pecahan lebih spesifik)
- Ada guru sekolah menengah, sekolah rendah. Ada yang hadir dari sekolah kerajaan dan swasta.
- Skor guru Sekolah Menengah Kerajaan tidak konsisten. Namun bagi sekolah yang sama, skor guru adalah hampir sama. Ada satu sekolah menengah menunjukkan skor yang tinggi (antara 5-8) manakala ada satu sekolah menunjukkan skor yang amat rendah (antara -3 hingga 1).
- Kebanyakan skor guru sekolah rendah didapati amat rendah. Namun pola boleh diperhatikan kepada sekolah. Ada guru sekolah rendah yang skor tinggi (8). Namun yang lain antara -5 hingga 3.
- Kebanyakan pelajar dari universiti yang belum mengajar mempunyai skor yang rendah (-3 hingga 2) dan agak tinggi (6-7).
- Skor pendidik muda yang hadir dari 2 sekolah agama swasta menunjukkan skor antara 3-6.
- Ada 11 orang sukarelawan yang hadir dari Teach for The Needs (TFTN). Skor yang mereka peroleh antara 7-12!
Kesimpulan awal
- Kebanyakan peserta yang hadir ialah dari kawasan Bandar Baru Bangi.
- Saya dapati peserta yang belum mengajar secara penuh ada yang mempunyai skor yang tinggi dan rendah.
- Saya dapati guru sekolah rendah mempunyai load dan tahap stres yang lebih tinggi berdasarkan sampel di atas.
- Guru sekolah menengah juga mempunyai cabaran yang tersendiri dalam melihat konsep diri seorang pelajar.
- Data yang jelas ialah kumpulan TFTN amat konsisten mempunyai skor yang tinggi. Saya andaikan dua perkara: 1. mereka amat passionate dengan pendidikan kerana mereka adalah sukarelawan atau 2. mereka jarang bertemu pelajar jadi tahap persepsi diri pelajar lebih positif berbanding guru-guru yang bertemu cabaran dengan pelajar setiap hari sehingga 'harapan' itu jatuh dari semasa ke semasa. Selepas program, saya berborak dengan guru-guru yang mempunyai skor tinggi (bukan A+ atau A). Didapati tahap sensitif spiritual mereka lebih dari guru yang mempunyai skor rendah.
- Banyak perkara yang boleh diperoleh daripada 43 peserta yang menjawab soalan ini. Jika anda berminat untuk mengetahui tahap anda, sila laksanakan soal selidik A+ di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan