Salah satu kaedah guru atau pendidik atau tokoh disembah ialah apabila si tokoh itu dapat memenuhi 'keperluan spiritual' si pengikutnya. 'Keperluan spiritual' itu boleh dimanifestasikan oleh aspek fizikal, intelektual mahupun emosi.
Sebagai contoh, kalau seorang pelajar, A inginkan ilmu bisnes dari seorang guru, B. Apabila B menyentuh ilmu yang memberi kesan kepada A secara intelektual atau emosi, ia akan menyebabkan si A akan kagum. Beliau akan banyak merujuk kepada B. Ini masih tidak menjadi masalah.
Sabtu, 15 Jun 2013
Jumaat, 14 Jun 2013
Belajar dan mengajar Quran asas Pendidik A+
Salah satu perkara penting untuk aspek pendidikan ini ialah konsep tarbiah yang menekankan rabb dalam kehidupan. Bagaimana caranya ia dijelmakan dalam kehidupan? Belajar dan mengajar al-Quran. 'al-Quran berjalan' itu ada pada Rasulullah - yang ada akhlak mulia. 980 kali perkataan 'rabb' ini diulang dalam al-Quran. Ia membawa implikasi bahawa konsep pendidikan amat rapat dengan konsep ketuhanan. Hancurlah sistem pendidikan yang tidak membawa manusia kembali kepada Tuhan.
Langgan:
Catatan (Atom)