Salah satu kaedah guru atau pendidik atau tokoh disembah ialah apabila si tokoh itu dapat memenuhi 'keperluan spiritual' si pengikutnya. 'Keperluan spiritual' itu boleh dimanifestasikan oleh aspek fizikal, intelektual mahupun emosi.
Sebagai contoh, kalau seorang pelajar, A inginkan ilmu bisnes dari seorang guru, B. Apabila B menyentuh ilmu yang memberi kesan kepada A secara intelektual atau emosi, ia akan menyebabkan si A akan kagum. Beliau akan banyak merujuk kepada B. Ini masih tidak menjadi masalah.
Namun kalau kredit itu 100% kepada B dan B mengambil kredit itu tanpa memulangkan kepada Tuhan, ini akan membawa kepada budaya 'celebrity worship'. Apatah lagi kalau B akan terus mencari-cari 'sebab' untuk si A akan kagum dan hanya akan 'percaya' kepada B. Antara petanda si B sedang membina kekaguman pada dirinya bukan kepada Pencipta ialah apabila metod kajian atau penghasilan sesuatu karya tidak mengikuti disiplin sumber akademik yang tepat.
Menjadi guru disukai, menjadi guru dibenci
Menjadi guru disukai amat baik. Namun baik itu ada sifatnya. Ada baik di peringkat manusiawi sahaja. Ada baik yang meliputi peringkat spiritual atau di sisi Tuhan.
Kalau seorang guru disukai hanya di peringkat manusiawi sahaja, ia akan menatijakan 'celebrity worship'. Selebriti boleh hadir dalam dunia bisnes, intelektual, sosial atau spiritual. Ahli bisnes boleh menjadi selebriti. Ahli akademik boleh menjadi selebriti. Artis memang dikenali sebagai selebriti. Tokoh agama yang bernasyid di atas pentas atau memberi kuliah di surau-surau juga boleh menjadi selebiriti.
Sudah tentu tiada siapa mahu menjadi guru dibenci. Realitinya, guru yang disukai di peringkat manusiawi sahaja akan mudah dibenci selepas itu kerana menjadikan orang lain 'worship' itu amat perlu diberi perhatian serius.
Bagaimana menguruskan kesukaan orang kepada kita?
Pulangkan kepada Allah. Jangan ditolak. Yang penting, ikut sunnah dan metodologi betul pada setiap momen melaksanakan sesuatu kerja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan