Isnin, 23 Julai 2012

Kata-kata pujian - kaitan dengan prestasi akademik

Dalam buku yang ditulis oleh Rusli Ahmad dan Abang Ishar Abang Yaman bertajuk "Kata-kata Pujian dan Peningkatan Prestasi Akademik Pelajar", ada dinyatakan tentang 4 kategori kata-kata dari ibu bapa dan guru:

  1. Kata-kata pujian
  2. Kata-kata nasihat (banyak dalam bentuk cadangan) - amar makruf
  3. Kata-kata hikmah
  4. Kata-kata ingatan (banyak dengan perkataan Jangan) - nahi munkar.
Adakah ibu ayah layak memuji sahaja dan disenyapkan kesalahan ? Atau perlu juga diingatkan kesilapan untuk dihindari ? Adakah kesilapan yang belum berlaku atau akan berlaku ?
  • Dari pemerhatian beberapa hadith Nabi, dikesan bahawa Nabi banyak berdiam dengan kesilapan yang tidak berkaitan dengan unsur spiritual secara langsung atau jika individu yang tersilap itu bukanlah di kalangan orang yang cemerlang. Fokus tegur kepada yang belum cemerlang ialah kerana ingin menguatkan esteem dan emosi. Jika seseorang itu amat cemerlang spiritualnya, barulah ditegur secara langsung - amat jarang dibuat oleh Nabi kecuali turun wahyu. Individu yang cemerlang spiritual memang menanti-nanti saat untuk ditegur.
  • Dalam masa yang sama, Nabi didapati kurang menegur kesilapan tetapi memberi peringatan (Hadith Jangan Marah) ketika dalam setting intelek atau majlis ilmu. Ketika berborak-borak, hanya disampaikan perkara yang kurang mengajar-ajar atau memberi nasihat kecuali apabila diminta.Nasihat yang tidak diminta dinamakan berleter. Jika ingin menyampaikan nasihat juga, Rasul menggunakan situasi intelek atau ruang belajar.
Beberapa perkara yang perlu difikirkan
  • Bilakah Rasulullah menggunakan perkataan 'jangan' dan 'kerana'.
  • Adakah bagus menggunakan 'jangan' atau 'elakkan' ?
  • Sesuaikah memberi janji untuk menyedapkan hati seseorang ? Atau ia hanya untuk menyelamatkan diri sendiri?
  • Perlukah semua perkara dijelaskan sebab musabab atau menggunakan perkataan 'kerana'?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan