- Kemahiran konsep (conceptual)
- Kemahiran kemanusiaan (human)
- Kemahiran teknikal (technical)
Konsep ini akan menjadi nyawa kepada apa yang akan dibuat oleh seorang guru. Ia menjelaskan tujuan atau matlamat. Tanpa ilmu dan kemahiran konsep, semua teknik dan manual perlu diberikan kepada guru. Ia akan menjadikan seorang pendidik itu kurang bermotivasi tahap 3.0. Motivasi tahap 3.0 diperlukan kalau ingin mendidik anak murid bermotivasi 3.0.
Kalau guru bermotivasi tahap 2.0 sahaja, ia akan melahirkan pelajar bermotivasi 2.0 atau 1.0. Perlu dipanggil ramai pakar motivasi untuk menyuntikkan semangat 2.0 atau 3.0.
Kalau sudah ada ilmu konsep dari sumber pelbagai, ia akan melahirkan seorang guru yang matang. Seorang guru matang berada dalam kategori A atau A+.
Guru begini mempunyai kemahiran kemanusiaan yang mantap. Stamina emosi dan kemahiran interaksi sesama manusia amat tinggi. CASIC adalah satu tool dalam Pendidik A+ untuk melonjakkan EQ - fokus kepada empati dan hubungan sesama manusia. CASIC bersama Pencipta akan melonjakkan EQ internal dan SQ.
Lantas, kemahiran konsep dan kemanusiaan yang mantap ini akan mewujudkan kreativiti dalam berinteraksi mendidik pelajar. Teknik menghadapi pelajar pelbagai peringkat umur mudah diselesaikan. Teknik menghadapi kelas corot atau cemerlang tidak diasingkan. Semua orang ada ruang untuk corot. Pendidik A+ ada ruang corotnya. Beza corot Pendidik A+ dan Pendidik E ialah: Pendidik A+ sedar beliau corot, bertaubat dan ingin baikinya.
Kesan guru tiada 3 kemahiran ini
Apakah kesan kalau pendidik hilang salah satu kemahiran ini? Atau tidak 'polish' kemahiran ini dari semasa ke semasa?
Kalau kemahiran konsep, ia akan menyebabkan beliau tidak dinamik. Asyik pening kepala dengan perkara baru yang hadir dalam dunia pendidikan. Tidak tahu bagaimana memberi respon kepada apa yang bertukar dan berlaku. Ubah perkara di luar, maka beliau akan gelabah. Tidak tahu buat apa.
Kalau tiada atau kurang kemahiran kemanusiaan, ia akan menyebabkan si guru amat bijak konsep tetapi sukar berkomunikasi dan berinteraksi dengan pelajar mengikut tahap mereka. Kalau pendidik penuh dengan konsep dan kurang kemahiran kemanusiaan, pelajar rasa cikgu penuh dengan falsafah. Pendidik lain juga akan jenuh dan jemu.
Kalau pendidik tiada teknik, produktiviti rendah. Amat baik dengan pelajar dengan pelbagai konsep, namun untuk mencapai objektif subjek atau matapelajaran amat sukar. Pelaksanaan mengajar atau mengendalikan sebarang projek kurang membawa hasil yang dikehendaki agar kurang.
Kesimpulannya, penting 3 perkara ini digabungjalinkan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan