Jumaat, 18 Januari 2013

ar-Rahman ar-Raheem - Bekalan untuk Pendidik A+

Kata ar-Rahman ar-Raheem berkaitan dengan perkataan rahima - ada kaitan dengan rahmat. Rahmat Allah diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki. Ar-Rahman dikaitkan dengan rahmat untuk mereka yang melaksanakan peraturan alam. Sunnatullah. Manakala ar-Raheem ialah rahmat kepada orang yang beriman yang melaksanakan syariat Allah. Syariatullah.

Seorang pendidik yang mengambil manfaat dari ayat ini pasti akan berusaha melaksanakan sunnatullah dan syariatullah dalam mendidik anak didik. Anak didik juga dimaklumkan apakah sunnatullah dan syariatullah sebagai cara berfikir mereka.

Sebagai contoh, ketika belajar, sunnatullah ialah mencatat nota, menguruskan masa, membaca dan bersungguh-sungguh. Syariatullah ialah membaca doa, menyerahkan kepada Allah urusan dan diharapkan dapat keberkatan.

Apabila si pendidik mengikut kepada formula ini dan diterapkan dalam diri pelajar, ia akan melahirkan pelajar A+. Yang sering meletakkan elemen + dalam kehidupan. Elemen spiritual dan iman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan