Mengapa saya idamkan Sekolah A+? Ibu bapa tidak perlu pening kepala. Ibu bapa juga akan sama 'bersekolah' dalam Sekolah A+. Ibu bapa dan masyarakat sekeliling akan menjadikan sekolah rendah atau menengah atau universiti medan untuk terus mendapat manfaat pendidikan biarpun tidak hadir 100%. Ini disebabkan pembelajaran perlu berlaku di mana sahaja. Kalau si ayah atau ibu masuk keluar sekolah anak, sudah tentu banyak manfaat yang boleh diambil.
Sekolah A+ bermula dengan Pendidik A+ dihasilkan. Kemudian ia merebak kepada si pelajar dan ibu bapa. Saya mengimpikan satu sekolah yang guru-gurunya amat positif untuk mendidik anak bangsa. Kini sudah ada seperti Khalifah Method School. Namun ia perlu dibanyakkan dan dilebarkan. Teknik A+ ini bukan hanya milik sekolah tertentu. Ia perlu menjadi standad semua sekolah di Malaysia dan dunia. Saya yakin ia boleh dilaksanakan jika ia difahami dengan baik.
Sekolah A+ melahirkan Pelajar A+. Pelajar A+ cemerlang fizikal, intelek, emosi dan spiritualnya. Pelajar A+ mampu menjadi pemimpin dan coach kepada rakan mereka. Kejayaan mereka melangkau usia.
Anda ada cadangan sekolah mana yang sesuai untuk menjadi Sekolah A+?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan