Khamis, 31 Januari 2013

Apabila anak murid 'mabuk' dan tidak buat kerja rumah

Dalam sesebuah kelas, ada pelajar yang siap homework. Ada yang siap kerja diskusi. Ada yang senyap. Ada yang terpinga-pinga. Ada yang asyik blur atau blank.

Itu adalah soalan dari anak murid tanpa kata. Mereka tidak tahu apa yang terbaik untuk dilaksanakan.

Baru ini, ketika saya masuk kelas selepas 5 hari bercuti, tiada seorang pun yang membuat kerja rumah yang diberikan. Mereka syok bercuti.

Jika ingin didenda, ia mungkin kebiasaan guru di sekolah.

Namun tidak buat kerja rumah bukan kesalahan fatal dalam al-Quran as-Sunnah.

Selasa, 29 Januari 2013

Pendidik A+ membina Penjaga A+ dan Pelajar A+

Hari ini ialah hari ke-5 saya mengajar di sekolah menengah KMS. Saya akan bawa satu helai kertas untuk kerja rumah pelajar. Mereka akan menyambung subjek Pemikiran Berkesan.

Ketika mendidik pelajar untuk menjadi A+, si pendidik A+ juga boleh membina penjaga A+ tanpa mereka perlu hadir ke sekolah untuk mendengar talk pasal parenting. Kaedahnya?

Saya sertakan helaian kerja rumah pelajar saya.

Helaian kerja Minggu 5

Apakah kesan helaian kerja begini? Si ibu ayah juga akan bersama untuk memahami kandungan Surah al-Fatihah.


Jumaat, 18 Januari 2013

7 Stamina Emosi untuk Pendidik A+

Secara umum, 7 Stamina Emosi diperlukan untuk menjadi seorang A+. Ia memberi fokus kepada elemen emosi secara internal. Dalam EQ oleh Daniel Goleman, elemen 7 Stamina Emosi ini akan memberi kesan kepada 3 domain berikut:

  1. Kenal diri
  2. Kawalan diri
  3. Motivasi diri
3 perkara ini amat penting untuk melonjakkan EQ di peringkat intrapersonal. Dalam diri. Pendidik A+ akan mempunyai kekuatan emosi apabila 3 perkara ini diambil kira. 7 Prinsip Emosi disemak kepada 7 Ciri Orang Beriman Yang Berjaya.

Sekolah A+ yang diidamkan

Mengapa saya idamkan Sekolah A+? Ibu bapa tidak perlu pening kepala. Ibu bapa juga akan sama 'bersekolah' dalam Sekolah A+. Ibu bapa dan masyarakat sekeliling akan menjadikan sekolah rendah atau menengah atau universiti medan untuk terus mendapat manfaat pendidikan biarpun tidak hadir 100%. Ini disebabkan pembelajaran perlu berlaku di mana sahaja. Kalau si ayah atau ibu masuk keluar sekolah anak, sudah tentu banyak manfaat yang boleh diambil.

Sekolah A+ bermula dengan Pendidik A+ dihasilkan. Kemudian ia merebak kepada si pelajar dan ibu bapa. Saya mengimpikan satu sekolah yang guru-gurunya amat positif untuk mendidik anak bangsa. Kini sudah ada seperti Khalifah Method School. Namun ia perlu dibanyakkan dan dilebarkan. Teknik A+ ini bukan hanya milik sekolah tertentu. Ia perlu menjadi standad semua sekolah di Malaysia dan dunia. Saya yakin ia boleh dilaksanakan jika ia difahami dengan baik.

Sekolah A+ melahirkan Pelajar A+. Pelajar A+ cemerlang fizikal, intelek, emosi dan spiritualnya. Pelajar A+ mampu menjadi pemimpin dan coach kepada rakan mereka. Kejayaan mereka melangkau usia.

Anda ada cadangan sekolah mana yang sesuai untuk menjadi Sekolah A+?

3 Kemahiran Pengurusan diperlukan Pendidik A+

Dalam menguruskan kehidupan (life management), amat penting 3 perkara ini:

  1. Kemahiran konsep (conceptual)
  2. Kemahiran kemanusiaan (human)
  3. Kemahiran teknikal (technical)
Konsep ini akan menjadi nyawa kepada apa yang akan dibuat oleh seorang guru. Ia menjelaskan tujuan atau matlamat. Tanpa ilmu dan kemahiran konsep, semua teknik dan manual perlu diberikan kepada guru. Ia akan  menjadikan seorang pendidik itu kurang bermotivasi tahap 3.0. Motivasi tahap 3.0 diperlukan kalau ingin mendidik anak murid bermotivasi 3.0.

Kalau guru bermotivasi tahap 2.0 sahaja, ia akan melahirkan pelajar bermotivasi 2.0 atau 1.0. Perlu dipanggil ramai pakar motivasi untuk menyuntikkan semangat 2.0 atau 3.0.

Maaliki Yaum-Addeen menyeru untuk merancang

Seorang Pendidik A+ akan merancang untuk apa yang akan diajar dalam kelas. Perancangan ini amat biasa di kalangan pendidik, tetapi apakah kaedah perancangan yang digunapakai? Rancang dari nun jauh sana kepada apa yang perlu dibuat sekarang. Apa yang akan diajar dalam kelas akan dicatat. Ada perancangan dan boleh berubah kalau perlu ketika dalam kelas.

Perancangan ini akan menyebabkan sebarang masalah atau kesukaran ditangani dengan lebih bersedia. Pelajar akan ada pelbagai perangai. Namun dengan rancangan, kita tahu bila akan habis kelas, bila sesuai berborak dan bila sesuai menerapkan elemen kesedaran fizikal, intelek, emosi dan spiritual.

Cukupkah berkreatif dalam masa 1 jam mengajar? Atau dalam masa 50 minit? Bergantung kepada perancangan. Kalau sudah dirancang dan ada sistem yang kemas, pelbagai perkara dalam 50 minit dalam dilaksanakan. Malah guru boleh menjadi konsultan sahaja dalam kelas. Bukan mengajar dan memberi segala-galanya.

ar-Rahman ar-Raheem - Bekalan untuk Pendidik A+

Kata ar-Rahman ar-Raheem berkaitan dengan perkataan rahima - ada kaitan dengan rahmat. Rahmat Allah diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki. Ar-Rahman dikaitkan dengan rahmat untuk mereka yang melaksanakan peraturan alam. Sunnatullah. Manakala ar-Raheem ialah rahmat kepada orang yang beriman yang melaksanakan syariat Allah. Syariatullah.

Seorang pendidik yang mengambil manfaat dari ayat ini pasti akan berusaha melaksanakan sunnatullah dan syariatullah dalam mendidik anak didik. Anak didik juga dimaklumkan apakah sunnatullah dan syariatullah sebagai cara berfikir mereka.

Sebagai contoh, ketika belajar, sunnatullah ialah mencatat nota, menguruskan masa, membaca dan bersungguh-sungguh. Syariatullah ialah membaca doa, menyerahkan kepada Allah urusan dan diharapkan dapat keberkatan.

Apabila si pendidik mengikut kepada formula ini dan diterapkan dalam diri pelajar, ia akan melahirkan pelajar A+. Yang sering meletakkan elemen + dalam kehidupan. Elemen spiritual dan iman.

Pendidik A+ memberi ganjaran

Ada beberapa ganjaran dalam mendidik.

Menurut 38Langkah Belajar Mengajar EQ Cara Nabi SAW oleh Fuad bin Abdul Aziz al-Syalhub, ada beberapa kaedah:

  • Hadiah fizikal (P)
  • Hadiah pujian (E)
  • Hadiah doa (S)
Salah satu contoh pada zaman Nabi ialah:

Dari Abu Musa al-Asyari berkata, "Suatu waktu saya mendatangi Rasulullah saw dan beliau berada di tanah Batha'. lalu beliau berkata: "Sudahkah engkau haji?" "Saya menjawab "Ya" Beliau berkata lagi: "Bagaimana engkau bertalbiyah?" Saya menjawab: "Labaik seperti talbiyahnya Nabi saw." Beliau berkata "Bagus" (Hadith Sahih Bukhari)



Khamis, 17 Januari 2013

Saya suka jadi cikgu

Walaupun saya bukan cikgu di sekolah rendah atau menengah, saya suka cikgu profesion ini. Alhamdulillah tahun 2013 saya dibenarkan menjadi cikgu. Saya ada 2 unit kelas setiap minggu di Khalifah Method School untuk mengajar Effective Thinking.

Saya seronok menjadi cikgu di sini. Saya boleh aplikasikan terus ciri Pendidik A+. Saya akan berkongsi teknik yang saya gunakan serba sedikit insha-allah.

Salah satunya ialah Gamification yang diadun mengikut acuan kelas.

Kalau dulu, saya sering nampak dalam kelas, seorang guru tidak boleh macam-macam. Saya rasakan dulu cikgu banyak kerja atau silibus yang perlu diajar. Namun selepas belajar banyak tempat, rupa-rupanya kandungan yang sama boleh diajar dengan lebih menarik dan berbeza.

Inilah Silibus untuk Effective Thinking. Apakah elemen dalamnya? Saya akan kongsikan dalam entri seterusnya.