Isnin, 16 Julai 2012

Stamina Emosi: Apakah skrip Percaya Pendidik A+?


Skrip Percaya ini amat penting untuk difahami dan menjadi sendi kepada kekuatan stamina emosi seseorang.
Bagi penganut agama Islam, percaya atau iman ada 6 perkara:
  1. Percaya kepada Allah
  2. Percaya kepada Malaikat
  3. Percaya kepada Kitab
  4. Percaya kepada rasul
  5. Percaya kepada hari Akhirat
  6. Percaya kepada Qadha Qadar.
Percaya pada 6 perkara ini memberi kesan yang besar.
Natijahnya? Skrip kehidupan sebagai Pendidik A+ akan jadi begini:
  • Saya yakin Allah boleh ubah anak murid saya
  • Saya percaya Malaikat akan sentiasa memberi motivasi kepada saya untuk mendidik anak bangsa
  • Saya percaya panduan mendidik anak murid ini ada dalam Kitab al-Quran
  • Saya percaya panduan untuk menjadi pendidik ini boleh dirujuk kepada Sunnah Rasul
  • Saya percaya usaha saya ini amat berbaloi – tidak semestinya dapat dilihat di dunia ini tetapi juga hingga ke akhirat
  • Saya percaya segala kejayaan saya mendidik ini ditentukan baik buruknya oleh Tuhan
Dengan skrip positif dengan kepercayaan yang tinggi, ia akan menyebabkan seseorang pendidik mampu mempunyai stamina yang amat baik. Ia sebagai aset untuk menjadi pendidik A+. Tanpa skrip ini diulang setiap masa dalam hati masing-masing, ia akan menyebabkan si pendidik akan mudah jatuh tersungkur dari usaha memertabatkan kualiti pendidikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan