Isnin, 16 Julai 2012

Stamina Emosi: Apakah skrip Berjaga-jaga Pendidik A+?


Seorang pendidik perlu berjaga-jaga dan sensitif tentang keperluan seorang anak didik. Bagi ibu bapa di rumah, tahap umur si anak perlu difahami dan sensitif. Bagi setiap tahap si anak, ada ‘pakej’ tumbesaran fizikal, intelek, emosi dan spiritual mereka. Kita sebagai pendidik perlu membantu untuk ia lebih maju ke hadapan.
Dalam masa yang sama kita perlu sedar bahawa tahap kita dan anak didik ini berbeza. Apabila kita sedar dan berhati-hati, ia akan mewujudkan satu stamina kuat dalam emosi diri kita untuk terus melaksanakan 7 tabiat praktikal – sebagai seorang pendidik A+.
Apakah konsep berjaga-jaga? Secara ringkasnya ialah keperluan sebelum dan selepas sesuatu perkara agar perubahan positif berlaku dan dapat diteruskan.
Sebagai contoh, jika seorang pelajar sudah cemerlang pada tahun 2 semester 1, seorang pendidik perlu berjaga-jaga dan sensitif keperluan si anak didik untuk terus cemerlang pada semester seterusnya dengan pelbagai pemboleh ubah yang berlaku:
  • Subjek makin sukar
  • Kawan makin ramai
  • Cabaran makin banyak
  • Guru berubah
  • Suasana berbeza
  • Kehendak dalam diri dan akhlak yang makin tercabar
Apabila seorang pendidik sensitif, ia akan merancang sesuatu yang terbaik untuk anak didiknya melewati masa depan dengan penuh yakin dan berwibawa.
Apakah kemahiran yang diperlukan ?
  • Kemampuan melihat potensi si anak murid
  • Kemahiran coaching dan bertanya kepada si anak murid tentang kejayaan ke hadapan – legasi
  • Kemahiran tazkiah, tilawah dan taalim sebagaimana ditunjukkan oleh Nabi
(bersambung)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan