Isnin, 16 Julai 2012

Tabiat Praktikal: ‘Connect’ dengan anak murid


Tabiat pertama yang perlu diusahakan oleh setiap pendidik ialah ‘Connect’.
Dalam Surah al-Fatihah, ‘connect’ dikaitkan dengan ayat pertama.
Maksudnya: “Dengan nama Allah Yang maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.”
Ada beberapa perkara yang perlu difahami berhubung ‘Connect’ secara spiritual untuk menguatkan emosi:
  • Setiap individu perlu berhubung dengan Tuhan untuk mendapatkan pertolongan
  • Meminta pertolongan dari Tuhan sepatutnya amat natural, lebih mudah dari membaca dengan nama Tuhan
  • Ketika pelbagai masalah melanda, boleh diseru nama Tuhan yang banyak . Tuhan adalah Maha Esa
  • Jika tidak pasti banyak nama yang ada, beri perhatian kepada Maha Pemurah dan Maha Penyayang
  • Setiap individu perlu melaksanakan peraturan sains (sunnatullah) dan peraturan syariat (syariatullah)
Apabila seseorang mempunyai ‘connection’ secara spiritual yang baik, ia akan memberi kesan kepada hubungan dengan anak murid atau anak yang dididik:
  • Ketika berhubung dengan anak murid, pendidik akan memohon pertolongan dari Tuhan
  • Pendidik akan bersifat amat natural berhubung dengan pelajar dengan kekuatan emosi datang dari Yang Maha Esa
  • Jika ada masalah berlaku pada pelajar, pendidik boleh menyeru kepada mana-mana nama Tuhan untuk merasakan lebih dekat dan relevan dalam menyelesaikan pelbagai masalah
  • Jika tidak pasti, asas ketika berhubung dengan anak didik ialah dengan kasih dan sayang.
  • Ketika berinteraksi dengan pelajar atau anak didik, perkara berikut perlu diambil kira: sunnatullah dan syariatullah.
Dengan semua perkara di atas, seorang pendidik akan berhubung ‘skala tinggi’ ketika bersama dengan anak muridnya. Ini disebabkan Tuhan memuliakan pendidik, maka pendidik juga perlu muliakan si anak murid. Bagaimana untuk berhubung dengan skala tinggi ? Aspek fizikal, intelek, emosi dan spiritual dioptimumkan.

Selepas Pendidik A+ Siri 1 dan 2


Alhamdulillah program Pendidik A+ Siri 1 dan Siri 2 sudah selesai dilaksanakan.
  1. Siri 1 pada 2 Jun 2012 – berbincang secara umum 3 item
    • Pendidik A+ Suka Bercerita
    • Pendidik A+ Banyak Projek
    • Pendidik A+ Suka Memberi
  2. Siri 2 pada 14 Julai 2012 – berbincang secara fokus kepada memahami Pendidik A+ & Pendidik Biasa serta Skrip Iktiraf
Apakah pemerhatian yang diperoleh dalam dua siri program ini ?

24 Domain seorang Pendidik

Apakah domain atau aspek yang perlu dikuasai oleh seorang penddik ?

Sudah tentu untuk menjadi seorang pendidik, perkara berikut perlu difahami.

Beza Pendidik Biasa dan Pendidik A+

Untuk memahami bagaimana beza pendidik biasa dan pendidik A+, berikut ialah ciri umum menggunakan teknik MasterPIES:

A+ : Tinggi PIES
A: Tinggi I dan E
B: Rendah E, Tinggi E
C: Tinggi I, Rendah E
D: Rendah I, Rendah E
E: Hanya menggunakan P

Pengenalan

Blog ini akan mengetengahkan teknik bagaimana menjadi seorang Pendidik A+.

Apa beza antara Pendidik A+ dan Pendidik biasa?

Selain daripada Pendidik A+, ada pendidik kategori A, B, C, D dan E. Pendidik biasa ialah selain daripada A+.

Ada 24 domain yang akan dibincangkan dalam menjadi Pendidik A+.
Rangka kasar bagaimana untuk menjadi Pendidik A+ ialah:


  1. Pendidik A+ Suka Bercerita
  2. Pendidik A+ Banyak Projek
  3. Pendidik A+ Suka Memberi

Rabu, 22 Februari 2012

Stamina Emosi untuk Pendidik


Apabila seseorang pendidik ingin menjadi Pendidik A+, kemahiran mengoptimumkan EQ amat penting.
Ada 4 elemen dalam EQ:
  1. Kesedaran diri
  2. Kawalan dan motivasi diri
  3. Empati
  4. Hubungan dengan individu lain
Poin 1 & 2 merujuk kepada kemahiran dalam diri pendidik. Ia boleh dilonjakkan dengan memahami Stamina Emosi dalam diri pendidik. Poin 3 dan 4 ialah hubungan dengan pelajar atau anak didik. Ia boleh diringkaskan dengan teknik CASIC.
Apabila seseorang pendidik sudah jelas tentang kaedah Tip of The Iceberg dan Teknik I vs E, maka si pendidik sudah bersedia untuk mengisi masa bersama anak didik dengan elemen E yang optimum.

Isnin, 2 Januari 2012

Tip dari Quran: Berpaling dari orang bodoh sikap atau E


Bodoh dikaitkan dengan I yang rendah. Apabila ada individu yang rendah ilmunya mengganggu kita, kita digalakkan untuk berpaling. Berpaling ini ialah tindakan E yang tinggi. Jika E rendah, kita akan cuba untuk membalas dendam kebodohan yang ada atau cuba bercakap dengan individu tersebut. Kesannya ? Kerana asal orang itu bodoh, kita akan bercakap dengan orang bodoh. Ia sudah tentu sukar.
(7: 199) …. serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya).
Sebagai contoh, kalau dua orang pelajar bergaduh dan A merasakan B salah, A boleh menegur. Namun jika B tidak sedar dia salah malah makin memberontak atas tindakan yang dirasakan betul, A ada pilihan untuk membalas menggunakan I atau E. Kalau I yang tinggi, A akan bergaduh dan berhujah. Kalau E yang tinggi digabungkan dengan I yang tinggi, A boleh berpaling atau menjauhi B seketika. Biarkan. Kerana ini akan meredakan ketegangan dan menjauhkan bahaya B kepada A.