Isnin, 16 Julai 2012

Tabiat Praktikal: ‘Connect’ dengan anak murid


Tabiat pertama yang perlu diusahakan oleh setiap pendidik ialah ‘Connect’.
Dalam Surah al-Fatihah, ‘connect’ dikaitkan dengan ayat pertama.
Maksudnya: “Dengan nama Allah Yang maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.”
Ada beberapa perkara yang perlu difahami berhubung ‘Connect’ secara spiritual untuk menguatkan emosi:
  • Setiap individu perlu berhubung dengan Tuhan untuk mendapatkan pertolongan
  • Meminta pertolongan dari Tuhan sepatutnya amat natural, lebih mudah dari membaca dengan nama Tuhan
  • Ketika pelbagai masalah melanda, boleh diseru nama Tuhan yang banyak . Tuhan adalah Maha Esa
  • Jika tidak pasti banyak nama yang ada, beri perhatian kepada Maha Pemurah dan Maha Penyayang
  • Setiap individu perlu melaksanakan peraturan sains (sunnatullah) dan peraturan syariat (syariatullah)
Apabila seseorang mempunyai ‘connection’ secara spiritual yang baik, ia akan memberi kesan kepada hubungan dengan anak murid atau anak yang dididik:
  • Ketika berhubung dengan anak murid, pendidik akan memohon pertolongan dari Tuhan
  • Pendidik akan bersifat amat natural berhubung dengan pelajar dengan kekuatan emosi datang dari Yang Maha Esa
  • Jika ada masalah berlaku pada pelajar, pendidik boleh menyeru kepada mana-mana nama Tuhan untuk merasakan lebih dekat dan relevan dalam menyelesaikan pelbagai masalah
  • Jika tidak pasti, asas ketika berhubung dengan anak didik ialah dengan kasih dan sayang.
  • Ketika berinteraksi dengan pelajar atau anak didik, perkara berikut perlu diambil kira: sunnatullah dan syariatullah.
Dengan semua perkara di atas, seorang pendidik akan berhubung ‘skala tinggi’ ketika bersama dengan anak muridnya. Ini disebabkan Tuhan memuliakan pendidik, maka pendidik juga perlu muliakan si anak murid. Bagaimana untuk berhubung dengan skala tinggi ? Aspek fizikal, intelek, emosi dan spiritual dioptimumkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan