Artikel asal di http://kias.akademisinergi.com/?p=253
Alhamdulillah program Pendidik A+ Siri 1 dan Siri 2 sudah selesai dilaksanakan.
- Siri 1 pada 2 Jun 2012 – berbincang secara umum 3 item
- Pendidik A+ Suka Bercerita
- Pendidik A+ Banyak Projek
- Pendidik A+ Suka Memberi
- Siri 2 pada 14 Julai 2012 – berbincang secara fokus kepada memahami Pendidik A+ & Pendidik Biasa serta Skrip Iktiraf
Apakah pemerhatian yang diperoleh dalam dua siri program ini ?
Untuk siri 1, antara perkara penting yang ditekankan:
- Perlu ada fokus kerana 3 topik itu amat luas
- Perlu ada skrip bagi CASIC yang diajarkan – sesuai dengan apa yang telah ditunjukkan oleh Nabi
Siri 2
Pada siri 2, aspek skrip diberi penekanan. Beberapa pemerhatian dan dapatan baru daripada program ini:
- Keselesaan peserta untuk mengiktiraf dan mengamalkan skrip yang sudah dibuat (ia perlukan latihan dan kefahaman emosi dan spiritual agar mampu kuat mengujarkan skrip yang dibina)
- Adakah CASIC sesuai untuk individu atau umum ?
- Bagaimana untuk menangani ego guru, gap usia dan potensi yang berbeza untuk hadir dengan skrip ?
- Kalau guru exam oriented? Adakah mereka ingin jadi Pendidik A+?
- Bagaimana ingin tahu latar belakang untuk menangani pelabagai masalah yang ada? Atau tidak perlu tahu latar belakang ?
- Adakah Pendidik A+ tidak akan menghukum ? Bagaimana ia dihukum ?
- Bagaimana ingin kekal pada pada tahap A+ dan tidak mudah jatuh kepada C, D dan E? Spiritual deposit.
- Kalau saya handle kelas yang dinamakan ’kelas juvana’ yang ambil pil kuda, cabul, tidur ketika kelas dan bersembang, bagaimana saya mahu handle?
Pemerhatian ini memerlukan jawapan kerana ia melibatkan change manegement. Jika tidak, ia akan menyebabkan ramai yang akan berpegang kepada mazhab lama dalam membuat perubahan. Ia melibatkan elemen buy-in.
Saya akan berkongsi jawapan kepada pemerhatian di atas dalam artikel seterusnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan