Salah satu kaedah guru atau pendidik atau tokoh disembah ialah apabila si tokoh itu dapat memenuhi 'keperluan spiritual' si pengikutnya. 'Keperluan spiritual' itu boleh dimanifestasikan oleh aspek fizikal, intelektual mahupun emosi.
Sebagai contoh, kalau seorang pelajar, A inginkan ilmu bisnes dari seorang guru, B. Apabila B menyentuh ilmu yang memberi kesan kepada A secara intelektual atau emosi, ia akan menyebabkan si A akan kagum. Beliau akan banyak merujuk kepada B. Ini masih tidak menjadi masalah.
Sabtu, 15 Jun 2013
Jumaat, 14 Jun 2013
Belajar dan mengajar Quran asas Pendidik A+
Salah satu perkara penting untuk aspek pendidikan ini ialah konsep tarbiah yang menekankan rabb dalam kehidupan. Bagaimana caranya ia dijelmakan dalam kehidupan? Belajar dan mengajar al-Quran. 'al-Quran berjalan' itu ada pada Rasulullah - yang ada akhlak mulia. 980 kali perkataan 'rabb' ini diulang dalam al-Quran. Ia membawa implikasi bahawa konsep pendidikan amat rapat dengan konsep ketuhanan. Hancurlah sistem pendidikan yang tidak membawa manusia kembali kepada Tuhan.
Jumaat, 15 Februari 2013
7 Elemen dalam Meningkatkan Kemahiran Sosial
Menurut Daniel Goleman, ada 7 elemen
- Emphaty
- Attunement
- Organizational awareness
- Influence
- Developing Others
- Inspiration
- Teamwork
Untuk membina EQ pelajar, elemen sosial adalah unjuran kepada kemahiran emosi ini. Apabila emosi dinaikkan, kemahiran sosial juga perlu diberi perhatian.
Contoh terbaik untuk si anak murid belajar elemen ini ialah dengan:
- Mempunyai coach di kalangan guru
- Memerhati contoh atau model di kalangan guru atau orang tertentu yang dipelajari
Khamis, 14 Februari 2013
Perjumpaan 1 Diskusi Sekolah A+
Perjumpaan pertama diskusi Sekolah A+ berjaya dilaksanakan di Akademi Sinergi, Bangi pada 13 Feb 2013. Diskusi hangat berlaku dengan agenda senario pendidikan kini, model Sekolah A+ dan pelaksanaannya selepas ini.
Secara ringkas, ada 3 elemen yang perlu diperhati apabila melaksanakan Sekolah A+.
- Latihan
- Pengkalan data untuk sumber
- Komuniti
Bagi tuan puan yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut untuk pelaksanaan Sekolah A+ ini, boleh email kepada info@total-success.net
Selasa, 12 Februari 2013
Setting Intelektual dengan Emosi yang banyak
Kelas adalah sesi intelektual. Ada maklumat dan ilmu yang akan disampaikan. Ia ruang untuk mendidik pelajar. Sekitar 50 minit - 1 jam.
Dalam masa yang sama, ia bukan sekadar 'kering' dengan intelektual. Ia perlu dibasahi dengan emosi yang baik. Ini disebabkan berlaku interaksi antara individu. Antara pendidik dan pelajar.
Dalam masa yang sama, ia bukan sekadar 'kering' dengan intelektual. Ia perlu dibasahi dengan emosi yang baik. Ini disebabkan berlaku interaksi antara individu. Antara pendidik dan pelajar.
Khamis, 31 Januari 2013
Apabila anak murid 'mabuk' dan tidak buat kerja rumah
Dalam sesebuah kelas, ada pelajar yang siap homework. Ada yang siap kerja diskusi. Ada yang senyap. Ada yang terpinga-pinga. Ada yang asyik blur atau blank.
Itu adalah soalan dari anak murid tanpa kata. Mereka tidak tahu apa yang terbaik untuk dilaksanakan.
Baru ini, ketika saya masuk kelas selepas 5 hari bercuti, tiada seorang pun yang membuat kerja rumah yang diberikan. Mereka syok bercuti.
Jika ingin didenda, ia mungkin kebiasaan guru di sekolah.
Namun tidak buat kerja rumah bukan kesalahan fatal dalam al-Quran as-Sunnah.

Selasa, 29 Januari 2013
Pendidik A+ membina Penjaga A+ dan Pelajar A+
Hari ini ialah hari ke-5 saya mengajar di sekolah menengah KMS. Saya akan bawa satu helai kertas untuk kerja rumah pelajar. Mereka akan menyambung subjek Pemikiran Berkesan.
Ketika mendidik pelajar untuk menjadi A+, si pendidik A+ juga boleh membina penjaga A+ tanpa mereka perlu hadir ke sekolah untuk mendengar talk pasal parenting. Kaedahnya?
Saya sertakan helaian kerja rumah pelajar saya.
Helaian kerja Minggu 5
Apakah kesan helaian kerja begini? Si ibu ayah juga akan bersama untuk memahami kandungan Surah al-Fatihah.

Langgan:
Catatan (Atom)