Ketika saya melaksanakan program Pemikiran Kreatif dan Penyelesaian Masalah di UKM, seorang pensyarah menyatakan "Saya seronok dalam program ini kerana ada unsur pertandingan. Ada had masa. Ada hadiah." Saya tersenyum.
Apa yang saya praktikkan ialah konsep dalam 'gamification'. Ramai suka main game samada di Ipad, laptop, TV dan alat lain. Teori tentang ini ialah gamification. Kalau seorang pendidik tahu teori dan bagaimana mempraktikkan teori ini dalam kelas, ia pasti akan menyeronokkan.
Salah satu buku yang saya kaji sekarang berkaitan konsep ini ialah Fun Inc. Saya mencari pendidik yang sudi belajar bersama kemahiran ini.
Rabu, 10 Oktober 2012
Program di SMI Al-Amin Bangi percuma 2 jam
Atas kesudian pendidik di SMI Al-Amin Bangi mengisi borang survey dari pihak kami, program pertama percuma 2 jam akan dilaksanakan di sekolah tersebut pada 11 Okt 2012. Tahniah pendidik SMI Al-Amin. Ia menampakkan kesungguhan anda untuk menjadi Pendidik A+ dan mendidik anak bangsa dengan teknik yang hebat.
Selasa, 7 Ogos 2012
Tegur tetapi tidak nampak seperti tegur
Hadith tegur nama
Abu Shurayh Haani’ ibn Yazeed said:
“A delegation of people came to the Prophet (peace
and blessings of Allaah be upon him) and he heard
them calling one of them Abd al-Hajar (“slave of the
stone”). He asked him, (What is your name?’ He
said, ( (Abd al-Hajar.’ The Messenger of Allaah
(peace and blessings of Allaah be upon him) said,
(No, you are (Abd-Allaah (slave of Allaah).’” (Reported
by al-Bukhaari in al-Adab al-Mufrad, no. 813.
Al-Albaani said in Saheeh al-Adab al-Mufrad that it
is saheeh, no. 623).
“A delegation of people came to the Prophet (peace
and blessings of Allaah be upon him) and he heard
them calling one of them Abd al-Hajar (“slave of the
stone”). He asked him, (What is your name?’ He
said, ( (Abd al-Hajar.’ The Messenger of Allaah
(peace and blessings of Allaah be upon him) said,
(No, you are (Abd-Allaah (slave of Allaah).’” (Reported
by al-Bukhaari in al-Adab al-Mufrad, no. 813.
Al-Albaani said in Saheeh al-Adab al-Mufrad that it
is saheeh, no. 623).
Dalam hadith di atas, ada beberapa perkara yang penting:
- Rasul bertanya untuk menentukan info dan ‘pause’ sebentar sebelum membuat keputusan.
- Rasul katakan ‘tidak’ lantas terus diberikan alternatif kepada nama yang kurang bagus. Tidak dinyatakan ‘nama awak tidak bagus’, tetapi terus diberi alternatif.
Oleh itu, untuk menegur sesuatu yang tidak betul, siasat fakta sebenar (inquire) dan kemudian beri pilihan (choice) yang mengiktiraf. Ini akan menaikkan estim pendengar.
Sebagai contoh, pelajar buat bising.
Inquire: Kamu ada masalahkah ?
Choice: Tidak, kamu tentu ada sesuatu yang penting yang dibincangkan.
Choice: Tidak, kamu tentu ada sesuatu yang penting yang dibincangkan.
Contoh lain: Pelajar menjawab silap dengan jawapan A
Inquire: Kamu maksudkan jawapan A kah ?
Choice: Tidak, pasti kamu inginkan jawapan tepat iaitu B.
Dengan bertanya, banyam manfaat yang diperoleh oleh si pendidik:
- Si pendidik dapat menarik perhatian
- Si pendidik akan menguji keyakinan si pelajar untuk jawapan yang diberikan
- Si pendidik boleh memasukkan perspektif lama kepada perspektif baru dalam diri pelajar dengan teknik choice.
Isnin, 6 Ogos 2012
Respon PIES
Dalam satu-satu program atau kelas, akan ada pelbagai soalan atau respon dari peserta. Bagaimana ingin berinteraksi dengan soalan atau komen tersebut? Tidak sama kalau sesuatu itu datang dari sumber intelek atau emosi. Yang pasti, untuk mencapai Pendidik A+, perlu dikenalpasti respon yang sesuai.
Antara sukarelawan dan guru yang mengajar
Program Pendidik A+ siri ketiga berjaya dilaksanakan pada awal Ogos 2012. Kehadiran memberangsangkan walaupun dalam bulan Ramadhan. Sasaran awal ialah 20 orang. Yang hadir ialah lebih 40 orang. Satu soal-selidik dibuat di awal program untuk menentukan tahap kefahaman dan kemahiran guru-guru yang hadir. Ada dapatan menarik daripada analisis tersebut.
Isnin, 23 Julai 2012
Kata-kata pujian - kaitan dengan prestasi akademik
Dalam buku yang ditulis oleh Rusli Ahmad dan Abang Ishar Abang Yaman bertajuk "Kata-kata Pujian dan Peningkatan Prestasi Akademik Pelajar", ada dinyatakan tentang 4 kategori kata-kata dari ibu bapa dan guru:
- Kata-kata pujian
- Kata-kata nasihat (banyak dalam bentuk cadangan) - amar makruf
- Kata-kata hikmah
- Kata-kata ingatan (banyak dengan perkataan Jangan) - nahi munkar.
Adakah ibu ayah layak memuji sahaja dan disenyapkan kesalahan ? Atau perlu juga diingatkan kesilapan untuk dihindari ? Adakah kesilapan yang belum berlaku atau akan berlaku ?
Kesan kata kesat pada pelajar
Baron dan Byrne menulis dalam Social Psychology pada 2003 dan telah melaksanakan kajian terhadap beberapa kesan kata-kata yang kesat dan kasar terhadap pelajar di Amerika Syarikat. Hasil kajian tersebut mendapati bahawa terdapat tiga kesan yang sangat ketara bagi pelajar-pelajar yang kerapkali mendengar kata-kata kesat dan kasar. Ketiga-ketiga kesan tersebut ialah:
- Emosi pelajar bercelaru
- Ego berkembang secara melampau
- Rasa keyakinan diri para pelajar menjadi rendah.
Sebagai jalan keluar, Baron dan Byrne mencadangkan agar pelajar-pelajar tersebut kerapkali diberi kaunseling, bimbingan spiritual dan mendengar kata-kata yang mulia. Kata-kata mulia ini diistilahkan dalam al-Quran sebagai qaulan kareema
Langgan:
Catatan (Atom)