Isnin, 16 Julai 2012

Bagaimana untuk ‘balance’ antara intelek dan emosi (I vs E)


Apabila kita sedar kita perlu ‘balance’ antara I dan E, kita mungkin akan mengambil pendekatan: kendurkan I. Namun sebenarnya intelek atau daya fikir kita diseru untuk dioptimumkan dalam kehidupan seharian. Jadi kalau I optimum, E juga perlu dioptimumkan agar ia seimbang.
Antara cabaran menyeimbangkan I dan E ialah kerana I amat rasional dan E tidak rasional.
Sebagai contoh : Seorang pelajar bergaduh dan menumbuk kawannya di hadapan guru.
Rasional bagi guru : Kalau dia tumbuk kawannya, bolehlah saya tumbuk kerana dia tidak hormat saya. Atau kalau dia tumbuk kawannya, biarkan si kawan tadi menumbuk dia kembali.
Tidak rasional : Kalau dia tumbuk kawannya, maka saya maafkannya walaupun dia tidak hormat saya. Kalau dia tumbuk kawannya, ajar kawannya untuk minta maaf kalau sesuai.
Tidak rasional dalam contoh di atas kerana ia tidak dibalas dengan satu lawan satu.
Mungkinkah rasional dan tidak rasional bergerak sekaligus ?
Dalam satu-satu masa, agak mustahil memaafkan dan dalam masa ingin membalas tumbukan si kawan. Perasaan kasih saya perlu lebih kuat dari rasa ingin membalas. Rasa kasih sayang lebih dari kemarahan. Inilah yang ditunjuk contoh oleh Tuhan. Ini juga yang ditunjukkan oleh Nabi dalam peristiwa ‘Nabi gelak dan tidak balas Badwi’
Nabi gelak dan tidak balas Badwi
Seorang Arab Badwi yang menarik baju baginda sekuat-kuatnya, Rasul tetap membalas dengan baik.
“Hai Muhammad, taruhlah harta Allah yang ada padamu di atas punggung kuda ini, sesungguhnya Anda bukan memberikan hartamu dan harta bapamu.”
Rasulullah terdiam, kemudia berkata “Harta itu memang milik Allah dan aku adalah hamba-Nya.” lalu beliau menyambung kata-katanya, “Dan engkau harus aku balas atas kelakuanmu yang kasar terhadapku.”
“Orang Badwi itu berkata “Tidak.”
Beliau bertanya, “Mengapa?”
Orang Badwi itu menjawab, ” Kerana sesungguhnya Anda tidak suka membalas kejahatan dengan kajahatan.”
Rasul ketawa lantas meminta Anas r.a untuk memberikan Badwi itu dengan gandum dan kurma.
Bagaimana untuk membiasakan E lebih dominan dari I?
Agar lebih dominan, E optimum positif perlu sentiasa menguasai I yang positif. Ini sukar wujud kecuali mendapat bantuan dari elemen spiritual – iman. Berbanding intelek yang boleh melihat pelbagai info dan ilmu, emosi tidak mampu melihat semua perkara. Iman akan membantu elemen emosi untuk menghargai sesuatu yang tidak rasional atau tidak difahami lagi.
Apabila nabi terdiam dalam peristiwa di atas, ia menunjukkan Nabi mengambil teknologi spiritual untuk membantu emosi beliau. Apa yang iman Nabi laksanakan? Berikan sesuatu kepada si Badwi tersebut. Apabila seseorang melaksanakan CASIC, ia akan memberi salam, pujian, hadiah, bantuan, pertanyaan atau pilihan. Ia akan mendatangkan ketenangan dan makna dalam kehidupan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan