Hadith Anak Unta
Salah satu gurauan Rasulullah:
Seorang sahabat mendatangi Rasulullah s.a.w, dan dia meminta agar Rasulullah SAW membantunya mencari unta untuk memindahkan barangnya.
Rasulullah berkata: “Kalau begitu kamu pindahkan barang-barangmu itu ke anak unta di seberang sana”.
Sahabat bingung bagaimana mungkin seekor anak unta dapat memikul beban yang berat. “Ya Rasulullah, apakah tidak ada unta dewasa yang sekiranya sanggup memikul barang-barang ku ini?”
Rasulullah menjawab, “Aku tak kata anak unta itu masih kecil, yang jelas dia adalah anak unta. Tidak mungkin seekor anak unta lahir dari ibu selain unta”
Sahabat tersenyum dan dia-pun mengerti gurauan Rasulullah. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Dawud dan At Tirmidzi. Sanad sahih)
Hadith Orang Tua Tidak Masuk Syurga
diceritakan bahawa ada seorang perempuan yang begitu tua datang menemui Rasullullah SAW dan meminta didoakan agar dimasukkan ke Syurga.
Perempuan Tua : Wahai Rasullullah! Doakanlah kepada Allah agar aku dimasukkan kedalam Syurga.
Rasullullah SAW : Wahai wanita! Sesungguhnya Syurga itu tidak dimasuki oleh perempuan yang telah tua bangka.
Wanita tua itu telah menangis kesedihan kerana hanya memahami ucapan Rasullullah itu secara zahirnya sahaja. Timbul persoalan, apakahtiada harapan untuknya memasukki syurga kerana keadaan dirinya
yang tua.
Lalu Rasullulah SAW menerangkan dengan lebih jelas bahawa :
Sesungguhnya ketika masuk Syurga, sesekali tidak akan memasukinya dalam keadaan tua bangka, melainkan telah berubah menjadi gadis yang cantik jelita.
Maka, gembiralah wanita tua itu. Kemudian baginda Rasullulah SAW membacakan tiga potong ayat suci al-Quran yang berkaitan tentang keadaan penghuni Syurga.
Firman Allah SWT : Surah al Waaqi'ah [Surah 56][Ayat 35-37]
إِنَّآ أَنشَأۡنَـٰهُنَّ إِنشَآءً۬ (٣٥) فَجَعَلۡنَـٰهُنَّ أَبۡكَارًا (٣٦) عُرُبًا أَتۡرَابً۬ا (٣٧
Sesungguhnya Kami adakan (untuk mereka) bidadari-bidadari dengan suatu kejadian. [35]
Lalu, Kami jadikan mereka itu sentiasa perawan.[36]
Yang mencintai suaminya serta sebaya umurnya.[37]
[Hadis Riwayat at-Tirmizi]
Peristiwa yang saya perhatikan
Pagi ini mendengar seorang guru menyatakan "Awak dah lambat. Program sudah habis," dengan muka serius - saya teka untuk membuat lawak. Si anak murid baru sahaja sampai 10 minit awal dari masa yang ditetapkan. Saya tidak pasti apa reaksi si anak murid, namun si guru tadi belum lagi menjelaskan segera apa maksud 'penipuannya' tadi. Kalau ia dibiarkan sahaja, akan cedera emosi si anak murid untuk jangka masa panjang. (Status Facebook Fazrul Ismail 18 Julai 2012)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan