Rabu, 18 Julai 2012

Ketandusan skrip untuk 'acknowledge'

Kemahiran 'acknowledge' atau iktiraf pelajar dalam kelas adalah satu kemahiran yang penting. Namun kekadang seseorang pendidik ketandusan 'idea' untuk memuji. Mengapa jadi demikian ?

Ia ada kaitan dengan nilai Pendidik A+ itu sendiri. Elemen spiritual yang melibatkan 'tujuan' atau purpose amat penting untuk difahami.


Sebagai contoh, hari pertama, Pendidik A+ sudah memuji  anak murid dalam kelasnya samada secara langsung atau menggunakan pertanyaan.

"Siapa yang menolong ibu malam tadi?"
"Boleh saya tahu siapa yang menolong ayahnya minggu lepas?"
"Siapa yang seronok pergi berjalan-jalan ?"
"Ada sesiapa yang ingin jadi pendidik?"

Namun selepas satu masa, akan mula hilang idea. Itu belum lagi disebabkan bebanan kerja dan kepenatan yang ada. Ia akan memberi kesan kepada 'jumlah' pujian yang diberikan. Skrip acknowledge untuk menaikkan estim pelajar juga akan berkurang.

Strategi menghilangkan ketandusan


Pendidik A+ ada + - melibatkan unsur spiritual.


  1. Kenalpasti + pada pelajar tersebut. Apakah purpose yang kita ingin bawa kepada pelajar. Sebagai contoh, menjelaskan tujuan hidupnya sebagai hamba dan khalifah yang akan membina pelbagai projek untuk ke syurga.
  2. Jika sudah dapat idea dari langkah di atas, maka pujilah dan iktiraflah si anak murid untuk menampakkan pelbagai sumber untuk ke sana. Sebagai contoh, "Baik semalam kita saya tanya pasal siapa yang nak jadi jutawan. Ada yang ingin jadi dermawan ?"
  3. Apabila Pendidik A+ nampak + pada pelajar, maka ia bolehditerjemahkan kepada pelbagai skrip berasaskan elemen intelek dan emosi.

    "Saya suka kesungguhan awak kerana ingin berjaya dengan datang kelas. "
    "Saya kagum dengan kesungguhan awak yang datang awal."
    "Saya seronok melihat anak murid saya berusaha keras dalam kelas saya."
Menggunakan teknologi syukur untuk mengiktiraf

Memang benar pelajar itu belum dapat 100% dalam kelas yang kita ajar. Namun syukurnya dia datang kelas.

Memanglah dia belum datang kelas on time, tetapi dia masuk ke kelas dengan tanggungjawab tanpa cuba berselindung dan masih menunjukkan rasa bersalah.

Memanglah dia tidak fokus kepada pelajaran 100%, tetapi dia tidak mengganggu kawannya.

Memanglah dia mengganggu kawannya sedikit, tetapi dia ada potensi untuk diberi kerja dan tanggungjawab bagi menggunakan tenaga lebihannya untuk satu tugas yang bermanfaat.

Dengan cara pandang begini, akan lahir pelbagai skrip iktiraf. 

"Saya seronok awak datang kelas."

"Saya suka kerana awak beri kerjasama dalam kelas dan membantu kawan lain."

"Saya yakin kamu ada potensi yang besar. Adakah kamu suka kalau kamu menjadi pembantu saya dalam tugasan saya seharian ? Saya lantik kamu menjadi Dr Kebersihan, suka?"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan