Namun Pendidik A+ tahu sabar itu bukan aktiviti pasif. Ia adalah aktiviti proaktif. Apa bezanya?
Sabar memerlukan I dan E
Untuk bersabar dalam erti kata sebenar, persediaan ilmu dan kekuatan emosi perlu dibina. Malah dalam al-Quran, untuk mendapatkan pertolongan Tuhan, perlu bersabar dan solat. Solat sering dikaitkan dengan elemen spiritual. Namun ia diletak selepas sabar kerana sabar amat penting dalam peringkat emosi dan spiritual. Kalau tiada sabar, pendidik boleh cepat menghukum - intelek suka menghukum. Kalau tiada sabar, emosi cepat berputus asa.
"Kamu nie tak faham-faham," kata seorang pendidik yang menggunakan intelek untuk menghukum.
"Asyik tak faham sahaja kamu. Dah lah ...," kata seorang pendidik yang emosi sudah berputus asa.
Dengan sabar, perkataan seorang pendidik berubah:
"Saya tahu kamu tidak faham. Mungkin kerana tidak jelas cara atau kepentingan topik ini ?" cepat si Pendidik A+ mengenalpasti sebab pelajar tidak mampu menyelesaikan sesuatu masalah akademik.
"Saya tetap akan mendidik kamu, kerana saya dulu pun ada masalah. Saya tidak patut putus asa kerana kalau saya yang pandai pun putus asa, bagaimana anak murid saya nanti," kata seorang Pendidik A+ yang kuat stamina emosinya.
Sabar penuh Pahala
Setiap saat bersabar, Pendidik A+ nampak pahala datang bertali arus. Ini disebabkan Pencipta Pendidik A+ yang memberitahunya dalam al-Quran:
Sebenarnya sesiapa yang bertaqwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan. (Surah Yusuf, 12:90)Seorang Pendidik A+ akan nampak di sebalik kepayahan menunggu dan bersabar itu, ada bekalan kekuatan dan pertolongan dari Penciptanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan