Bagi menaikkan estim pelajar/ anak di dalam atau luar kelas/rumah, ada pelbagai sumber.
1. Sumber fizikal – apabila boleh terlibat dengan permainan, mampu mengumpulkan wang dan mempunyai tubuh yang kuat serta sihat atau ia dihargai kerana menjaga tubuh kesihatan.
2. Sumber intelek – apabila bijak dalam akademik atau menyelesaikan sesuatu masalah atau ia dipuji kerana bijak akademik.
3. Sumber emosi -apabila ia berakhlak mulia di sekolah atau rumah. Atau ketika ia dipuji atas akhlak mulia.
4. Sumber spiritual – apabila ia berdoa dan didoakan. Sumber ini jarang didiskusikan kerana ia tidak nampak. Namun para pendidik yang tinggi spiritualnya mampu memberi kesan dengan membanyakkan doa. Doa ibu bapa jarang tertolak.

Bagi seorang pelajar, estim akan naik apabila ia ‘sudah ada’ sesuatu di peringkat fizikal, intelek, emosi atau spiritual.
Sebagai seorang pendidik, ia akan menaikkan estim pelajar apabila ‘proses untuk ada’ itu diperhatikan dan dihargai dari semasa ke semasa dengan bantuan akhlak baik dari si pendidik. Dengan melaksanakan CASIC, seseorang guru itu akan sentiasa disedari kehadiran untuk menceriakan dan menaikkan estim si anak/ pelajar.
Salah satu motivasi spiritual untuk memperkatakan sesuatu nikmat yang ada pada diri sendiri dan orang lain ialah ayat berikut:
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya. (93:11)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan